IQNA

Sunni Dan Syiah Bahrain Menentang Pelan Pembahagian Negara

0:48 - May 26, 2013
Berita ID: 2538533
Kumpulan Antarabangsa: Khatib jumaat Manamah menekankan: “Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memisahkan masyarakat Bahrain, pelbagai cara dan jalan telah digunakan untuk menjayakan komplot ini, akan tetapi masyarakat Bahrain telah berdiri menentang komplot ini.”
Kumpulan Antarabangsa: Khatib jumaat Manamah menekankan: “Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memisahkan masyarakat Bahrain, pelbagai cara dan jalan telah digunakan untuk menjayakan komplot ini, akan tetapi masyarakat Bahrain telah berdiri menentang komplot ini.” Dilaporkan dari laman web “Sautul Manamah”, ayatollah Sheikh Isa Qasim, Khatib Jumaat Manamah di masjid Imam Sadiq a.s, telah meminta supaya masyarakat Bahrain tabah dan cekal dalam mencapai revolusi, dan tidak mengalah dalam menuntut hak-hak mereka, dan terus maju dalam jalan yang benar ini. Beliau berkata: “Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memisahkan masyarakat Bahrain, untuk mewujudkan permusuhan dan kebencian serta pembunuhan, dan pelbagai cara dan jalan telah digunakan untuk menjayakan komplot, akan tetapi masyarakat sunni dan syiah Bahrain, ulamak-ulamak tokoh-tokoh yang ikhlas dan pertubuhan-pertubuhan politik Islam dan bangsa telah berdiri menentang komplot ini. Beliau menekankan: “ Tipu daya politik dan media massa yang menggelirukan tidak berjaya mewujudkan perpecahan antara masyarakat sunni dan syiah Bahrain, dan didalam negara Bahrain telah kedengaran suara yang menyeleweng dan tidak berharga untuk menjayakan komplot ini. Pada hari jumaat juga masyarakat daerah “Alderaz” telah melakukan demonstrasi untuk menyokong ayatollah Sheikh Isa Qasim dan mengecam serangan yang dilakukan keatas rumah beliau. Didalam demonstrasi ini mereka melaungkan slogan-slogan yang menyatakan bahawa Hamd bin Khalifah Al-Sani bertanggungjawab keatas sebarang penghinaan yang dilakukan keatas marjak ini dan menggesa supaya rejim Al-khalifah digulingkan. Demonstrasi ini diikuti dengan campur tangan keras tentera-tentera Al-khalifah dan beberapa masyarakat Bahrain telah cedera. 1233047
captcha