IQNA

Pembinaan komuniti; Tugas terpenting negara Islam

8:32 - February 22, 2023
Berita ID: 3102245
TEHRAN (IQNA) - Masyarakat Islam bermaksud masyarakat yang ditadbir mengikut undang-undang dan adat istiadat Islam, melalui pemerintahan yang merakyat, khususnya umat manusia yang beriman dalam masyarakat; Orang-orang yang beriman, yang mempunyai kelebihan dari segi pelbagai ciri, mempunyai keupayaan untuk memberi pengaruh yang baik kepada masyarakat dan mendampingi pemerintah dan kedaulatan negara.

Laporan IQNA; Menurut pendapat ahli sosiologi; Untuk mencari ketertiban dalam kehidupan manusia dan kelangsungan hidup manusia, pembentukan lima institusi adalah perlu, iaitu:

  1. Institusi keluarga.
  2. Institusi ekonomi yang memberi keselesaan dalam kehidupan.
  3. Institusi kesihatan, yang bertanggungjawab ke atas kesihatan masyarakat.
  4. Institusi pendidikan.
  5. Institusi terakhir ialah institusi kerajaan atau pemerintahan negara, yang menjamin keselamatan masyarakat dan keselamatan empat institusi di atas.

Institusi ini mungkin agama atau bukan agama dari segi hubungannya dengan agama. Jika institusi ini selaras dengan nilai agama dan undang-undang ketuhanan, mereka akan menjadi institusi agama, dan jika mereka tidak harmoni, mereka akan menjadi tidak beragama, walaupun orang-orangnya berpakaian zahir baju adat agama atau bukan.

Dengan melihat Al-Quran, kita akan sampai pada kesimpulan bahawa isu-isu penting telah dinyatakan dalam Al-Quran tentang semua institusi ini, dan terdapat arahan dalam hal ini dalam biografi dan tradisi  baginda Rasulullah (SAW).

Dari sudut pandangan Islam, dalam bidang pemerintahan negara atau kerajaan, perhatian Islam terhadap bidang ini bukan sahaja diberikan kepada institusi pemerintah, tetapi juga kepada rakyat umum.

Maknanya, di samping pemerintah dan kepimpinan masyarakat, terdapat rakyat dan Ummat Islam yang semestinya ummat Islam dan masyarakat beragama lain bergerak menuju penubuhan negara Islam di gelanggang sosialnya, kerana Islam memiliki matlamat yang jelas dalam menentukan halatuju kesejahteraan yang adil dan kesusilaan untuk seluruh manusia, oleh itu program intensif pencerahan mengenai matlamat asli Islam perlu diberikan kepada semua lapisan masyarakat, ini adalah tugas instusi kerajaan muslim.

Apabila negara dibentuk, mereka membuat pakatan antara pemimpin masyarakat; Kemudian, dengan bantuan antara satu sama lain, mereka membentuk kerajaan atau negara yang tujuannya adalah untuk melaksanakan undang-undang yang dirancang sesuai dengan Islam yang menjamin keselamatan seluruh masyarakat.

Sebab itu kita katakan tugas negara Islam yang paling penting di bawah pimpinan pemimpin Islam ialah pembinaan masyarakat. Pembinaan dan pembangunan sosial juga berlaku melalui pembinaan dan pembangunan individu. Individuisasi ini juga berlaku melalui etika, penjagaan norma atau pendidikan Islam.

Jadi, pemerintahan Islam tidak hanya bergantung kepada pemerintahnya sahaja, tetapi di samping mereka, orang-orang yang beriman sebagai ahli masyarakatnya juga dibuat menjadi berpengaruh dalam masyarakat. Contoh pengaruh mukmin dalam masyarakat yang disebut dalam Al-Quran, seperti Talut, seorang mukmin yang mempunyai kekuatan fizikal dan ilmu sains yang hebat, atau Nabi Yusuf (as) yang amanah, berilmu dan layak; Ini adalah contoh orang yang beriman dan berjasa yang bersama-sama dengan pemerintah non muslim, mempunyai kesan dalam masyarakat.

Dalam masyarakat Islam, selain pemerintahan, rakyat dan kedaulatan kerajaan dan negara, juga mempunyai wilayah, yang bertindak seperti rangkaian yang hidup dalam masyarakat. Dalam erti kata ia menjalinkan hubungan antara orang-orang mukmin supaya mereka menjadi satu matlamat dan juga mengenali musuh mereka dan bersatu untuk menentang dan mempertahankan keselamatan mereka dari kecerobohan dan perilaku jenayah musuh mereka.

Keharmonian orang-orang mukmin dalam medan persahabatan dengan kawan dan permusuhan dengan musuh berlaku berkaitan dengan jawatan gabenor dan kepimpinan negara.

Oleh itu pemimpin muslim, mesti sedar bahawa musuh mereka sentiasa akan menjaring mereka untuk melemahkan mereka secara berterusan, dengan pelbagai cara halus dan kasar, senyum manis dan kemarahan. Menjalankan diplomasi yang selaras dengan kemandirian dan bermaruah perlu untuk diperkasakan dalam kesatuan pemerintah negara-negara Islam, supaya musuh segan untuk bertindak mencerobohi kedaulatan negara mereka.

 

3974344

captcha