IQNA

Pemimpin Rohingya maut ditembak empat penyerang selepas selesai Maghrib

8:24 - September 30, 2021
Berita ID: 3100221
TEHRAN (IQNA) - Kesyahidan adalah bagi seorang muslim yang terbunuh disengajakan oleh pihak yang memusuhi, semata untuk bertindak jenayah dan untuk kepentingan yang tidak adil dengan tidak melalui prosedur mahkamah penjaga hak-hak kemanusiaan untuk hidup bersama secara damai.

Pemimpin komuniti Rohingya, Mohib Ullah terbunuh selepas ditembak penyerang tidak dikenali di kemb pelarian dekat sini semalam.

Jurucakap polis memberitahu, Mohib ditembak empat penyerang ketika sedang mengadakan pertemuan bersama pemimpin pelarian lain di luar pejabatnya selepas selesai solat Maghrib.

“Pihak berkuasa keselamatan yang ditugaskan menjaga keamanan 34 kem pelarian Rohingya, meningkatkan kawalan susulan kejadian itu.

“Tiada yang ditahan setakat ini,” katanya.

utusan.com

captcha