IQNA

Bulan penuh / بَدر الدُجی

Qari Makam Huseini dalam madah / pujian kepada Nabi Muhammad (SAW)

6:54 - October 21, 2021
Berita ID: 3100313
TEHRAN (IQNA) - Bersamaan dengan Minggu Perpaduan Islam, Qari terkenal di peringkat antarabangsa, mengambil bahagian dalam projek Al-Quran "Badr al-Duja" yang dimulakan oleh IQNA, menyampaikan qiraah menyenangkan dari ayat-ayat wahyu Allah kepada khalayak media gemar Al-Quran.

Laporan IQNA, dalam video ini, "Osama Al-Karbalai", Qari terkenal wilayah Moqaddas Huseini, telah membaca Quran ayat 40 hingga 45 dari Surah Al-Ahzaab mengenai kedudukan hebat Khatam-ul-Anbiya (SAW).

مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَكِنْ رَسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا ﴿۴۰﴾

Bukanlah (Nabi) Muhammad itu bapa bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا ﴿۴۱﴾

Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya. 

وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا ﴿۴۲﴾
Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang. 

هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلَائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا ﴿۴۳﴾

Dia lah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita kepada cahaya yang terang-benderang dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman.

تَحِيَّتُهُمْ يَوْمَ يَلْقَوْنَهُ سَلَامٌ وَأَعَدَّ لَهُمْ أَجْرًا كَرِيمًا ﴿۴۴﴾
Sambutan penghormatan yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa menemuiNya ialah ucapan "Salam" (selamat sejahtera); dan Ia telah menyediakan untuk mereka pahala balasan yang mulia. 

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيرًا ﴿۴۵﴾
Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar).

(Qs, Al-Ahzaab 33: 40-45) 

4006183

captcha