IQNA

Israel bedil kawasan tentera dekat Damsyik

4:05 - November 04, 2021
Berita ID: 3100359
TEHRAN (IQNA) -Israel melancarkan serangan udara terhadap kawasan ketenteraan Syria yang terletak di pinggir bandar Damsyik, semalam.

Ia serangan kedua didalangi Israel dalam tempoh empat hari lalu yang menyasarkan beberapa kawasan berdekatan Damsyik.

Serangan pertama pada Sabtu lalu, sekali gus mengaktifkan barisan pertahanan Syria apabila siri peluru berpandu dilancarkan ke kawasan pinggir bandar Damsyik sehingga mencederakan dua anggota tentera.

Tentera Syria menerusi kenyataan yang dilaporkan agensi media tempatan berkata, serangan udara awal pagi tadi dilancarkan dari utara Israel dan menyasarkan kawasan ketenteraan di pekan Zakia, barat pinggir bandar Damsyik, lapor agensi berita ArabNews.

captcha