IQNA

18:44 - December 05, 2021
Berita ID: 3100493
TEHRAN (IQNA) - SESUNGGUHNYA tanda seseorang itu orang yang baik ataupun tidak terletak pada penghujung hidupnya, bukannya pada amalan sewaktu sihatnya sahaja. Allah S.W.T mampu memberikan seseorang itu taufik di saat orang itu dekat dengan kematiannya lalu memasukkannya ke dalam syurga.

Rasulullah S.A.W bersabda:

لاَ عَلَيكُم أَلَّا تُعْجَبوا بأَحَدٍ، حَتَّى تَنظُروا بمَ يُختَمُ له، فإنَّ العاملَ يَعمَلُ زمانًا من عُمُرِه، أو بُرْهةً من دَهرِه، بعملٍ صالحٍ، لو ماتَ عليه دخَلَ الجَنَّةَ، ثُم يَتحوَّلُ فيعمَلُ عمَلًا سيِّئًا، وإنَّ العبدَ لَيعمَلُ البُرهةَ من دَهرِه بعملٍ سيِّئٍ، لو ماتَ عليه دخَلَ النّارَ، ثُم يَتحوَّلُ فيعمَلُ عملًا صالحًا، وإذا أَراد اللهُ بعبدٍ خَيرًا استَعمَلَه قبلَ موتِه، قالوا: يا رسولَ اللهِ، وكيف يَستعمِلُه؟ قال: يوفِّقُه لعملٍ صالحٍ، ثُم يَقبِضُه عليه.

“Janganlah kalian kagum dengan amalan seseorang sampai kalian melihat amalan akhir hayatnya, kerana mungkin saja seseorang beramal pada suatu waktu dengan amalan yang soleh, yang seandainya dia mati, maka dia akan masuk syurga. Akan tetapi, dia berubah dan mengamalkan perbuatan buruk. Mungkin saja seseorang beramal pada suatu waktu dengan suatu amalan buruk, yang seandainya dia mati, maka akan masuk neraka. Akan tetapi, dia berubah dan beramal dengan amalan soleh. Dan apabila Allah menginginkan satu kebaikan kepada seorang hamba, Allah akan menunjukkan kepadanya sebelum dia meninggal.” Para Sahabat bertanya, “Apa maksud menunjukkan kepadanya sebelum dia meninggal?” Nabi S.A.W menjawab: “Iaitu memberikan dia taufik untuk beramal soleh dan mati dalam keadaan seperti itu.”

(Riwayat Ahmad (12214))

Nabi S.A.W melarang kita untuk berasa kagum dengan kebaikan seseorang kerana itu bukanlah gambaran penghujung hayatnya. Boleh jadi seseorang yang baik itu terpesong lalu dimatikan dalam keadaan berdosa kepada Allah S.W.T. Begitu juga jangan kita bercakap mengenai keburukan seseorang seolah-olah dia itu ahli neraka, walhal belum pasti bahawa dia akan bertaubat di penghujung hidupnya. 

Marilah kita berusaha sedaya mungkin kita untuk kekal dalam membuat kebaikan dan berdoa agar Allah tidak memesongkan hati kita. “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”

harakahdaily.net

tanda nama: Istiqamalah ، matilah ، dalam keadaan ، beramal ، soleh
Nama:
Email:
* komen:
* captcha: