IQNA

Kursus Hafazan Al-Quran untuk kanak-kanak Lebanon + Gambar

7:45 - January 03, 2022
Berita ID: 3100593
TEHRAN (IQNA) - Persatuan Al-Quran Pejabat Bimbingan Wilayah Nabatieh di selatan Lebanon telah menganjurkan kursus hafazan Al-Quran untuk kanak-kanak dan remaja.

Menurut IQNA; Persatuan Al-Quran Pejabat Bimbingan Wilayah Nabatieh di Lebanon mengadakan kursus hafazan Al-Quran yang dipanggil "Noor Al-Quran" untuk kanak-kanak dan remaja berumur 9 hingga 13 tahun pada hari pertama tahun baru Masehi.

Kursus ini akan diadakan secara hadir di tempat perlindungan awam kota Nabatieh dari sesi hafazan sebahagian Al-Quran dan akan berterusan sehingga sesi hafazan keseluruhan Al-Quran.

Kursus Al-Quran ini dibentuk bertujuan untuk menarik generasi baru untuk mendekatkan diri kepada Tuhan Yang Maha Esa dan kalimah wahyu, bergerak di atas landasan Al-Quran dan merenungi ayat-ayatnya, serta memperbetulkan sebutan ayat-ayat Al-Quran daripada usia muda.

Bandar Nabatieh al-Faqa ialah ibu kota wilayah Nabatieh di Lebanon dan bandar terpenting di wilayah Jabal Amel di selatan Lebanon, dan ia juga mempunyai kepentingan ekonomi dan budaya yang besar.

 دوره حفظ قرآن در نیطیه
 
 دوره حفظ قرآن در نیطیه

Kursus Hafazan Al-Quran di wilayah Bekaa barat

Sehubungan itu, Persatuan Al-Quran Pejabat Bimbingan Lebanon telah mengadakan kursus hafazan Al-Quran di kampung "Sahmar" yang terletak di wilayah Bekaa barat.

Kursus Al-Quran ini dipanggil "Imam Reza (as)" dan telah ditubuhkan untuk mengajar Al-Quran kepada pelajar perempuan yang menganggotai Persatuan masyarakat Quran ini.

Kursus yang disebutkan itu, termasuk menghafaz keseluruhan Al-Quran dengan cara yang mudah, bermula pada hari Jumaat, 31 Disember 2021, dan selain menghafaz Al-Quran, juga akan merangkumi program lain Al-Quran pada majlis keagamaan.

 دوره حفظ قرآن در بقاع غربی
 
 دوره حفظ قرآن در بقاع غربی
 
 دوره حفظ قرآن در بقاع غربی

Tujuan diadakan kursus ini adalah untuk mencerdaskan minda, menghafaz Al-Quran dan berpegang kepada kitab suci ini, menjadikan Al-Quran sebagai pemimpin dan panduan kepada petunjuk kebenaran untuk menjalani kehidupan di dunia dan mendapat kebahagiaan di akhirat.

4025406

captcha