IQNA

Jenazah Ayatullah Safi dikebumikan berhampiran maqam Sayyidu -Syuhada (as) + Video

10:23 - February 05, 2022
Berita ID: 3100730
TEHRAN (IQNA) - Jenazah Ayatullah Safi Gulpaygani (Allahyarham) telah ditempatkan di rumah abadinya di halaman suci Hazrat Aba Abdillah Al-Hussein (as) petang hari Khamis selepas upacara pengebumian gilang-gemilang antara dua tempat suci dan diarak di sekitar maqam Sayyid al-Syuhada (as).

Laporan IQNA; jenazah Ayatullah Safi tiba di Najaf Ashraf pagi hari Khamis 3 Februari, lalu diziarahkan ke maqam Imam Ali (as), sebelum ditasy'yik di Karbala Muala.

Beribu-ribu muslimin Syiah dan para muqalid marja' besar Ayatullah Safi Gulpaygani menghadiri tasy'yik jenazah Allahyarham beliau di kawasan maqam Imam Hussein (as) dan Hazrat Abbas (ra) di Karbala petang dua hari yang lalu.

Tasy'yik Jenazah Alim ulama ini telah diadakan di antara dua maqam suci (Bainul-Harmain) dengan dihadiri oleh ramai para ulama dan mukmin, sambil diring dengan pembacaan zikir musibah.

Jenazah ulama ilahi ini, selepas ditasy'yik oleh ribuan orang dan dengan kehadiran tokoh agama, sains dan budaya serta sejumlah besar Syiah Iraq dan Iran, akhirnya ditempatkan di halaman Makam suci Hazrat Aba Abdillah Al-Hussein (as) di rumah keabadian.

Ayatullah Besar Safi Gulpaygani pada hari Isnin minggu ini, selepas tempoh sakit dan pada usia 103 tahun di Qom, menyambut jemputan Al-Haq Azza wa Jalla.

Lahul Fatihah!

4033603

 

 
 

 

captcha