IQNA

Aspek pendidikan "Dengan nama Tuhan"- «بسم الله»

9:05 - April 06, 2022
Berita ID: 3100959
TEHRAN (IQNA) - Salah satu isu yang ditekankan dalam pendidikan agama ialah segala-galanya hendaklah dimulakan dengan - «بسم الله الرحمن الرحیم» -“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”- Sehubungan itu, amalan yang dikaitkan dengan nama Allah itu lebih baik permulaan dan penghujungnya daripada perbuatan yang tidak disebut nama Allah.

Laporan IQNA; Muhsin Qaraati, seorang pengulas Al-Quran dan penulis Tafsir Al-Quran-Nur, telah menjawab persoalan mengapa ajaran agama Islam menekankan bahawa kita harus memulakan segala-galanya dengan nama Tuhan.

Dalam hadis, kita baca: Katakan «بسم اللّه» untuk segala-gala pekerjaanmu, walaupun di meja, jika anda menukar jenis makanan, katakan «بسم اللّه» sekali lagi. (KR.al-Bihar, jld. 63, hlm. 421).

Orang yang beriman dan menyembah Allah juga mempunyai slogan dan logo semua perbuatannya adalah nama Allah, betapapun kecil mahupun besarnya perbuatan itu.

Nabi Ibrahim (as) berkata: 

إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

 "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." (Qs,Al-An'aam 6:162)

Al-Quran berpesan kepada Nabi (SAW):

«اِقرأ بِاسمِ ربِّك»

(Ingatlah Tuhanmu di awal pekerjaan) : "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu" (Qs, al-Alaq 96 : 1).

Dan selepas tamat kerja, lalu memulakan pekerjaan lain:

«فاذا فَرَغتَ فَانصَب و الى ربِّكَ فَارغَب»

"Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain).- Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)." (Qs,al-Inyirah: 94:7-8)

Muhsin Qaraati (lahir 1945) adalah seorang ulama Iran dan pengulas Al-Quran yang berusia 77 tahun.

Beliau telah menulis koleksi 10 jilid tafsiran Al-Quran al-Nur.

Selama lebih 40 tahun, beliau telah membaca konsep-konsep dan poin-poin Al-Quran dalam bahasa yang mudah dan menarik dengan muncul dalam program televisyen berjudul "Pelajaran daripada Al-Quran".

Kira-kira 61 jilid karya Muhsin Qaraati telah diterbitkan dalam pelbagai topik.

captcha