IQNA

Darjat-darjat tauhid;

Siapa yang mencipta dan siapa yang membimbing?

8:59 - April 21, 2022
Berita ID: 3101005
TEHRAN (IQNA) - Tuhan - Allah adalah satu-satunya Pencipta alam semesta dan membimbing makhluk dengan betul; Tetapi sebahagian manusia tidak menerima bimbingan - petunjuk Allah dan memilih selain daripada Allah sebagai pembimbing - penjaga mereka; Pilihan ini, bagaimanapun, adalah seperti memilih buta dan berjalan dalam gelap.

Laporan IQNA; Al-Quran menyatakan:

«قُلْ مَنْ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ قُلِ اللَّهُ قُلْ أَفَاتَّخَذْتُمْ مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ لَا يَمْلِكُونَ لِأَنْفُسِهِمْ نَفْعًا وَلَا ضَرًّا قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَى وَالْبَصِيرُ أَمْ هَلْ تَسْتَوِي الظُّلُمَاتُ وَالنُّورُ أَمْ جَعَلُوا لِلَّهِ شُرَكَاءَ خَلَقُوا كَخَلْقِهِ فَتَشَابَهَ الْخَلْقُ عَلَيْهِمْ قُلِ اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ»

"Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan (membimbing) langit dan bumi?" Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?" Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?" Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa". (Qs, Ar-Ra'd 13:16).

Ayat ini merupakan salah satu ayat Al-Quran yang paling jelas mengenalkan makna tauhid.

Ayat ini menyoal tentang Tuhan yang memberi petunjuk manusia di alam ciptaanNya.

Pada permulaan ayat ini, bertanya, "Siapakah Tuhan - (pencipta-penguasa-pemelihara,pentadbir, penjaga, pemberi petunjuk) langit dan bumi?"

Subjek ayat ini bukanlah masalah terima atau tidak adanya Tuhan, tetapi perbincangan ayat ini adalah mengenai "Ketuhanan Allah" sebagai pentadbir -pencipta-penguasa-pembimbing-petunjuk-pemelihara-penjaga urusan dunia.

Terdapat perbezaan yang kentara di sini; Firaun tidak berkata "Aku adalah Tuhan kalian - انا الهکم - ana ilahukum", tetapi ia berkata;

«فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَىٰ» - ana rabbukumul A'la- "Ia berkata: "Akulah penguasa kamu, yang tertinggi". (Qs, An-Naazi'aat 79:24)

Maksudnya, kata Rab  - رب - untuk Firaun hanya boleh dimaknakan dengan mengaku sebagai penguasa dunia (menunjukan sifat lemah tetapi rakus), bukan sebagai Tuhan - pencipta, pemelihara, penolong, pembimbing, penunjuk dan penjaga dunia yang sejatinya adalah dilakukan oleh Allah (swt). 

Al-Quran berkata:

«وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَی»

"Dan orang-orang yang mengambil selain Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka menghampirkan (mendekatkan) kami kepada Allah sehampir-hampirnya (sedekat-dekatnya)". (Qs, Az-Zumar 39:3).

Iaitu jika penyembah berhala menyembah berhala, Ia adalah untuk mencapai Tuhan. Itulah sebabnya kita selalu menyebut orang-orang ini musyrik, kerana mereka telah mempersekutukan penyembahan selain Allah dengan Allah. Tetapi mereka yang menerima bahawa Tuhan adalah penjaga mereka, bukan sahaja dalam perkataan tetapi juga dalam perbuatan, harus berkelakuan dengan cara yang bersifat ilahi (yang diajarkan oleh Tuhan). Kriteria dan asas pergerakan dan pertuturan mereka hendaklah di jalan Allah dan untuk Allah. Inilah sebabnya apa yang disebut dalam ayat ini ditanya dalam bentuk soalan supaya manusia memilih jalannya sendiri; Pilih jalan yang betul atau jalan yang salah? Melihat dan sedar atau menjadi buta dan tertidur lelap?

* Diambil daripada kajian Syed Mujtaba Husseini, penyelidik dan pengulas Iran.

4042844

captcha