
Laporan IQNA; Atabah Suci Husaini telah mengadakan siri mesyuarat dan pertemuan dengan para ulama di Qom sebagai persediaan untuk menyambut Hari al-Quran Sedunia pada 27 Rejab, yang bertepatan dengan hari bersejarah Bi‘thah Nabi Muhammad SAW.
Pertemuan-pertemuan ini berlangsung dengan kehadiran Sheikh Hassan al-Mansouri «شیخ حسن المنصوری», Penasihat Setiausaha Agung Atabah Husaini dalam hal ehwal al-Quran. Dalam sesi tersebut, telah dihuraikan teras utama perhimpunan Hari al-Quran Sedunia, program-program kempen, serta aktiviti al-Quran Atabah Husaini di peringkat antarabangsa.
Dalam usaha memperkukuh kerjasama ilmiah, delegasi Atabah Suci Husaini turut mengunjungi pejabat Hujjatul Islam wal Muslimin Sayyid Jawad Shahrestani, wakil mutlak Ayatollah al-‘Uzma Sayyid Ali al-Sistani di Qom. Dalam pertemuan itu, beliau dimaklumkan mengenai persiapan Kempen Hari al-Quran Sedunia serta projek-projek al-Quran terpenting yang sedang dilaksanakan oleh pusat tersebut.
Sementara itu, Muntazar al-Mansouri, Pengarah Pusat Antarabangsa Dakwah al-Quran Atabah Husaini, bersama Sheikh Saleh al-Waeli, Ketua Pusat Penyelidikan dan Pendidikan “Dalil” «دلیل» , telah mengadakan pertemuan dengan Ayatollah Sayyid Riyadh al-Hakim. Dalam pertemuan tersebut, beliau menjelaskan aktiviti-aktiviti al-Quran pusat ini, khususnya projek Mushaf Atabah Husaini berasaskan teknologi QR, serta Kempen Hari al-Quran Sedunia.
Al-Mansouri turut menjemput secara rasmi Ayatollah Sayyid Riyadh al-Hakim untuk hadir dan menyampaikan ucapan dalam perhimpunan kedua Hari al-Quran Sedunia, yang akan dianjurkan oleh Pusat Antarabangsa Dakwah dengan kerjasama Pusat Dalil Qom.
Dalam rangka yang sama, cawangan Qom Pusat Antarabangsa Dakwah telah mengadakan pertemuan dengan Allamah Sayyid Muhammad Sadiq al-Kharsan, dan memaklumkan beliau tentang projek-projek al-Quran antarabangsa pusat tersebut.
Dalam pertemuan itu, Allamah al-Kharsan memuji usaha-usaha yang telah dilakukan bagi menggerakkan Hari al-Quran al-Karim serta mendoakan kejayaan kepada para penganjurnya.
4325487