IQNA

Kaitan ibadah individu dan identiti kolektif umat Islam dalam solat berjemaah

7:32 - May 11, 2022
Berita ID: 3101063
TEHRAN (IQNA) - Anjuran nas-nas agama yang kerap untuk mengadakan solat berjemaah secara beramai-ramai dan memenuhi ruangan secara berpusu-pusu adalah penekanan kepada aspek sosial ibadat, pembentukan perhimpunan orang-orang yang beriman dan promosi identiti kolektif mereka.

Laporan IQNA; Disebutkan dalam Al-Quran:

«وَأَقِیمُواْ الصَّلاَةَ وَآتُواْ الزَّکَاةَ وَارْکَعُواْ مَعَ الرَّاکِعِینَ»

"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk." (Qs, Al-Baqarah 2:43)

Ditegaskan bahawa "وَارْكَعُواْ مَعَ الرَّاكِعِينَ" adalah anjuran untuk mengadakan solat berjemaah.

Terdapat pelbagai anjuran berkenaan solat, antara yang paling utama ialah solat berjemaah. Terdapat banyak perkara tentang kepentingan solat berjemaah, antaranya:

Salah satu kepentingan solat berjemaah ialah sebagai peluang mengetahui masalah orang lain yang juga diminta oleh Islam untuk mengambil peduli terhadap kesulitan dan derita orang lain, bahkan sebagai bukti keimanan kepada Allah SWT.

Umat ​​Islam dalam suasana mengadakan solat berjamaah sebelum dan sesudah mengerjakan solat ada masa saling bersembang-sapa antara satu dengan yang lain, bercakap antara satu sama lain untuk dapat saling mengambil pelajaran dan belajar tentang keadaan masing-masing dan, bahkan mereka boleh, menyelesaikan masalah.

Salah satu sifat penting solat berjemaah ialah doa serentak berjemaah, seseorang berdoa, lalu diaminkan oleh jamaah yang banyak. Menurut riwayat, doa kolektif lebih dekat untuk dimakbulkan; kerana pada masa yang sama, doa seorang mukmin untuk mukmin yang lain itu mempunyai banyak pahala dan keberkatan.

Dalam solat berjemaah, orang berbaris dan tidak ada yang lebih tinggi daripada yang lain; Setiap orang, sebagai seorang Muslim, berada dalam saf solat berjemaah dan tidak mempunyai tujuan selain beribadah kepada Allah, dan setiap orang berdiri bersama sebagai hamba Allah. Persamaan orang yang beriman ini meningkatkan persahabatan, keintiman dan altruisme di kalangan orang yang beriman. Pada masa yang sama, ia memusnahkan semangat individualisme dan pengasingan serta melawan kesombongan dan mementingkan diri sendiri.

Nabi Islam (SAW) memperkenalkan mendirikan solat berjemaah sebagai cara untuk menghindari neraka dan kemunafikan. Hadis Beliau (SAW) yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan solat berjemaah selama empat puluh hari, Allah akan menjauhkan dia dari kemunafikan dan neraka." (KR, Rahsia Doa, Al-Ghazali, ms. 43).

* Altruisme ialah amalan untuk mengutamakan orang-orang lain berbanding diri sendiri. Amalan ini adalah sifat murni dalam banyak budaya, dan merupakan pokok kepada banyak agama. Kebanyakan, agama sejagat menggalakkan altruisme (konsep bahawa manusia mempunyai kewajipan etika untuk membantu atau melanjutkan kebajikan orang lain) sebagai suatu nilai kesusilaan yang amat penting dan ia dianggap sebagai sifat asas bagi fitrah manusia. Bukan sahaja agama Kristian dan Buddhisme yang amat menekankan kesusilaan altruisme, tetapi agama Yahudi, Islam, Hinduisme dan banyak lagi agama yang lain juga mempromosikan tingkah lakunya. Sudah tentu Ajaran Islam secara sempurna dalam mendidik umatnya untuk perkara beramal secara kolektif untuk kepentingan bersama, salah satu nya dengan mengadakan solat berjamaah.

captcha