IQNA

6:02 - May 26, 2022
Berita ID: 3101111
TEHRAN (IQNA) - Imam Jaafar Sadiq (as) adalah salah seorang tokoh sains Islam yang paling berpengaruh dalam pelbagai bidang keilmuan seperti fiqh, tafsir, etika, geografi, ekonomi, astronomi, perubatan dan matematik, yang pelajarnya mencipta kapasiti besar dalam perkembangan ilmu agama di seluruh dunia Islam bahkan di dunia bukan Muslim.

Laporan IQNA; Jaafar ibn Muhammad al-Sadiq, yang dikenali sebagai Imam Sadiq (as), dilahirkan di Madinah pada 17 Rabiul-Awal tahun 83 Hijrah (702 Masihi) dan mencapai Syahadah pada 25 Syawal tahun 148 Hijrah (767 Masihi) dan selama 65 tahun hidupnya, beliau mempunyai reputasi sains yang hebat dalam Negara-negara Islam, sehingga Beliau menjadi satu pusat yang didatangi oleh orang ramai dari pelbagai pelusuk negara-negara yang lain untuk menuntut ilmu.

Beliau melatih ramai pelajar, salah seorang daripadanya ialah Jabir ibn Hayyan (abad kelapan Masihi) yang dikenali sebagai bapa kimia. Imam Sadiq (as) adalah Imam keenam dunia Islam Syiah.

Tokoh-tokoh mazhab Sunni adalah diantara kalangan pelajarnya, secara langsung atau tidak, dan mereka telah menyatakan perkara berikut tentang keperibadian akhlak dan ilmiah Imam Sadiq (as), beberapa di antaranya akan kita baca di bawah:

  1. Imam Malik bin Anas: Muhammad bin Ziad berkata: Saya mendengar Malik bin Anas berkata: "Aku tidak pernah melihatnya melainkan dalam tiga keadaan yang baik; Sama ada dia solat, atau dia berpuasa, atau dia membaca Al-Quran, dan dia sentiasa bercakap tentang kebaikan dan kesucian."
  2. Imam Abu Hanifah : Imam Abu Hanifah adalah salah seorang murid Imam Jaafar Sadiq (as) yang telah berkata tentang beliau: "Saya tidak pernah melihat seorang ahli fiqh dan lebih berilmu daripada Jaafar ibn Muhammad." Di tempat lain, dia berkata:
    لولا جعفر ابن محمد(ص) ما علم الناس مناسك حجهم
    "Jika tidak ada Jaafar Ibn Muhammad (as), tiadalah orang ramai mengetahui tentang ibadat haji mereka".
  3. Khair Al-Din Al-Zarkali : Khair al-Din al-Zarkali adalah seorang lagi pengarang Sunni yang telah meninggalkan tulisan-tulisan berharga dalam ingatannya. Beliau menulis dalam kitabnya "Al-A'lam" - «الاعلام» tentang Imam Ja'far al-Sodiq (as): "Imam Ja'far al-Sodiq (as) mempunyai kedudukan yang tinggi dalam sains dan ilmu dan ramai orang telah memperoleh ilmu daripadanya, termasuk dua orang pemimpin Sunni Imam Abu Hanifah dan Imam Malik. Adapun nama gelaran beliau adalah as-Sodiq - الصادق - yang sentiasa berkata benar - kerana tidak pernah seorang pun mendengar dusta daripadanya."

 

3975764

Nama:
Email:
* komen:
* captcha: