IQNA

Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, mengeratkan hubungan sosial

6:33 - August 29, 2022
Berita ID: 3101443
TEHRAN (IQNA) - Salah satu cara untuk mengukuhkan rasa tanggungjawab dalam kalangan masyarakat ialah dengan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Isu yang dianggap sebagai salah satu syiar Islam ini, di samping menangani dan memurnikan tingkah laku individu, juga menguatkan rasa tanggungjawabnya terhadap orang di sekelilingnya, bagi mengelakkan mereka daripada melakukan kemungkaran dengan mengajak dan menganjurkan orang lain melakukan perkara yang baik.

Laporan IQNA; “Memerintahkan kebaikan” bermaksud menyuruh atau mengajak orang lain kepada kebaikan dan “melarang kemungkaran” bermaksud menghalang orang lain daripada melakukan perkara yang mungkar. Isu ini bukan bermaksud mencampuri kerja atau urusan orang lain, sebaliknya merupakan satu kewajipan sosial bagi mengukuhkan rasa tanggungjawab sosial dan perihatin terhadapnya

Penekanan Islam dalam isu menyuruh kepada kebaikan dan melarang kemungkaran adalah untuk pembangunan intelek manusia dalam menjalani kehidupan berkelompok dan kolektif.

Sekiranya penduduk sesebuah masyarakat tidak mengambil berat antara satu sama lain, kerosakan yang besar akan mengancam masyarakat itu dan yang paling penting ancaman itu ialah kekacauan dan kehilangan keamanan dari masyarakat itu sendiri.

Menyeru kepada yang baik-baik -maaruf- dan mencegah dari keburukan -mungkar- telah diterangkan dalam Al-Quran sebagai salah satu faktor keakraban anggota masyarakat antara satu sama lain, kerana anggota masyarakat merasa memiliki kewajipan antara satu sama lain, dan semakin kuat perasaan ini, semakin koheren hubungan antara ahli masyarakat.

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Qs, At-Taubah 9:71)

Menyuruh kebaikan dan melarang kemungkaran dilakukan dengan cara yang berbeza, cara yang paling utama untuk menunjukkan perbuatan baik adalah melalui tingkah laku kita sendiri.

Al-Quran juga memberi amaran kepada orang-orang yang menyuruh kepada kebaikan tetapi tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada tingkah laku mereka sendiri:

أَ تَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَ تَنْسَوْنَ أَنْفُسَکمْ

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" (Qs, Al-Baqarah 2:44).

captcha