IQNA

Definisi manusia dalam pandangan Al-Quran

5:04 - September 22, 2022
Berita ID: 3101562
TEHRAN (IQNA) - Manusia mempunyai banyak ciri; ciri-ciri yang masing-masing menjadikan jenis manusia berbeza daripada makhluk lain; Perbezaan yang paling penting ialah pemikiran dan pembelajaran manusia, yang telah diberi perhatian khusus.

Laporan IQNA; Dinyatakan dalam Surah Mubarakah ar-Rahman:

الرَّحْمَنُ؛ عَلَّمَ الْقُرْآنَ؛ خَلَقَ الْإِنْسَانَ؛ عَلَّمَهُ الْبَيَانَ

“(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. Dia lah yang telah menciptakan manusia; Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan." (Qs, Ar-Rahmaan 55:1 - 4).

Ramai ahli tafsir berpendapat bahawa selepas ayat «الرَّحْمَنُ»"Al-Rahman" diturunkan, di ikuti perkataan «خَلَقَ الْإِنْسَانَ» "Khalaqal-Insan", lalu diikuti dengan perkataan عَلَّمَ الْقُرْآنَ "mengajarkan Al-Quran", apabila ayat-ayat ini dibahas, mereka mengatakan bahawa sebab disebut "Allamal-Quran" «عَلَّمَ الْقُرْآنَ» lebih awal dari «خَلَقَ الْإِنْسَانَ» "Allah mencipta seseorang itu menjadi manusia melalui pengajaran Al-Quran dan menyedari kemanusiaannya apabila kehadiran dan peranan Al-Quran ada dalam kehidupan dirinya".

Sebilangan orang dalam ilmu mantik dan ilmu-ilmu lain, apabila memberi definisi tentang manusia adalah "haiwan yang berfikir" atau yang lebih rendah dari itu menyebut manusia adalah "haiwan yang berbicara"- padahal ada juga binatang yang berbicara seperti burung kakak tua, tetapi apabila kita merujuk kepada Surah Mubarak al-Rahman dan ingin memberikan definisi manusia, kita melihat bahawa menurut surah ini, manusia menjadi manusia apabila dengan pengajaran Al-Quran; «عَلَّمَ الْقُرْآنَ» "berpengetahuan Al-Quran"; "Pembelajaran Al-Quran" terbentuk dalam dirinya, iaitu jika hendak mendefinisikan manusia, kita mesti mengatakan bahawa dia adalah "manusia berpemikiran Al-Quran". Oleh itu definisi manusia adalah "haiwanun Naathiq" - حیوان الناطق - tidak relevan dengan pandangan Al-Quran tentang manusia. Rational animal (حيوان ناطق) - "Haiwan yang berfikir" pun masih tidak tepat untuk mendefinisikan insan atau manusia, kenyataannya banyak haiwan berfikir tetapi tetap tidak menjadikannya manusia.

Jika seseorang itu bergabung dengan Al-Quran, berhubungan dengan Al-Quran dan mengembangkan Al-Quran dalam dirinya, maka setiap perkataan yang diucapkannya menjadi ungkapan yang jelas dan jauh dari kesamaran. Jika seseorang itu dilengkapi dengan Al-Quran, pemahaman dan pengetahuannya tentang dirinya dan alam semesta akan berubah. Apabila seseorang merujuk kepada Al-Quran, dia akan mengetahui dimensi yang berbeza dari keperluan batinnya.

Pada asasnya, manusia boleh mengenali keperluan diri mereka dengan dua cara; Mengenali dirinya melalui apa yang diterapkan oleh masyarakat atau persekitaran kepadanya; Cara kedua dan yang terbaik ialah seseorang itu merujuk kepada kitab batinnya dan kitab kewujudannya iaitu Al-Quran:

لَقَدْ أَنزَلْنَا إِلَيْكُمْ كِتَابًا فِيهِ ذِكْرُكُمْ ۖ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu sebuah Kitab (Al-Quran) yang mengandungi perkara yang menimbulkan sebutan baik dan kelebihan untuk kamu, maka mengapa kamu tidak memahaminya (dan bersyukur akan nikmat yang besar itu)?" (Qs, Al-Anbiyaa' 21:10).

Al-Quran adalah sebuah kitab di mana kita di sebut manusia, dan melalui Al-Quran, manusia berusaha untuk mengetahui perkara yang dia perlukan, dan berdasarkan Al-Quran, dia mentakrifkan manusia dan memenuhi keperluan ini langkah demi langkah.

captcha