Laporan IQNA; Ayatullah Ray Shahri dalam bukunya; "Gaya hidup Nabi terakhir (SAW)- "The Life of the Last Prophet" telah menyebutkan ciri-ciri dan prinsip tingkah laku Nabi Muhammad (SAW), yang boleh anda baca di bawah:
Salah satu prinsip tingkah laku Nabi Muhammad (saw) adalah harmoni dengan akal - keserasian tingkah laku dengan rasionaliti Agama.
Di sini, akal selain bermaksud kecerdasan, juga akal yang bermakna agama - iaitu bermaksud kuasa untuk melindungi seseorang daripada aktiviti yang tidak sepatutnya. Imam Sadiq (as) mengatakan yang bermaksud bahawa;
"Allah tidak mengutus seorang rasul melainkan setelah akalnya sempurna."
Jika kita temui tempat akal dalam kehidupan Nabi (SAW), kita boleh mengatakan bahawa tidak ada tingkah laku dalam diri Nabi (SAW) melainkan analisis rasionalnya selari dan serasi dengannya.
Prinsip atau asas kedua dalam tingkah laku Rasulullah (SAW) ialah kebenaran - kesolehan mewarnai seluruh kehidupan Rasulullah (SAW).
Pada asasnya, Al-Quran telah memberikan beberapa nama kepada dirinya sebagai risalah Nabi (SAW), diantaranya dengan sebutan - الصدق - as-Sidqu - yang jujur dan satu lagi الحق - al-Haq- kebenaran.
Prinsip ketiga ialah pengagihan keadilan - menyebarkan keadilan. Baginda (SAW) sendiri merujuk kepada ayat Al-Quran dan bersabda yang bermaksud;
"Aku telah diperintahkan untuk berlaku adil kepada kamu sekalian".
Pada riwayat lain bersabda;
"Orang yang paling adil adalah orang yang suka kebaikan untuk orang lain apa yang dia suka untuk dirinya sendiri."
Asas keempat ialah bersikap ihsan - baik hati dan berkebajikan. Kebaikan merangkumi banyak perkara seperti memberi makan, pakaian, membuka modal kehidupan kepada orang lain, sedekah, dll.
Prinsip kelima ialah normatifisme dalam tingkah laku Nabi Islam. Beliau (SAW) tidak berkelakuan di luar norma umum masyarakat - tradisi kebaikan umum.
Prinsip keenam ialah kesederhanaan. Kesederhanaan tidak boleh dikelirukan dengan eksentrik - selekeh - kecerobohan, tetapi ia bermakna tidak boros dan tidak sombong- dalam penggunaan keperluan material tidak menghabiskan biaya berlebihan dari standar rasionaliti agama. Beliau (SAW) bukanlah orang yang bermewah dan berpesta. Beliau (SAW) pernah memerah susu sendiri, duduk dan berdiri bersama anak-anak, pekerja-buruh dan secara peribadi menyambut tetamu. Semua ini adalah tanda-tanda kesederhanaan dalam kehidupan Nabi Muhammad (SAW).