IQNA

Apakah rahsia pesona Baginda Muhammad (SAW)?

7:36 - October 16, 2022
Berita ID: 3101671
TEHRAN (IQNA) - Bagaimanakah Rasulullah meresap jauh ke dalam hati dan jiwa pengikutnya bahawa lima belas abad selepas meninggal dunia baginda, jutaan pengikutnya masih sanggup mengorbankan nyawa mereka untuk mempertahankan akhlak, cinta dan pengabdian kepada-nya (SAW)?

Laporan IQNA; Baginda Muhammad (SAW) pada awal zahirnya adalah sebagai seorang yang sama dengan manusia lain yang tidak dikenali melewati zaman kanak-kanak, remaja dan mudanya, seperti halnya beribu-ribu orang yang tidak dikenali pada zamannya. Bahkan ironi masa itu, beliau (SAW) telah kehilangan kasih sayang ibu bapanya pada awal hidupnya dan mengalami kehidupan yatim piatu dan keterasingan yang mendalam yang juga mungkin jarang dialami oleh sebahagian banyak orang sepanjang sejarah manusia.

Persekitaran di mana beliau tinggal adalah persekitaran budaya yang paling kejam pada zamannya, dan pada masa kelahirannya, ia dianggap sebagai era paling gelap pada zamannya; Zaman di mana tiada kesan sains, pengetahuan dan tamadun yang jelas yang dapat dilihat. Zaman itu tiada cara dan alat yang diketahui seperti di zaman ini; media untuk merakam peristiwa dan secara jujur ​​ataupun secara palsu membesarkan wajah seseorang untuk dapat dibayangkan oleh orang lain.

Baginda menjadi Nabi di Mekah pada usia empat puluhan, tetapi selama tiga belas tahun kehadirannya di Mekah, baginda tidak diberi banyak peluang untuk menyatakan fikiran dan wataknya. Beliau dan semua beberapa sahabatnya telah dikepung sepenuhnya dan dalam pemboikotan berita yang lengkap, dan berkali-kali dari mereka sampai ke tahap kematian dan syahid.

Apabila Nabi (SAW) pergi ke Madinah dengan penderitaan yang besar dan bahaya yang meliputi segala-galanya, baginda mendapati kemuliaan dan martabat sosial dalam rupa lain sebagai berakhirnya era pengasingan dan tekanan, tetapi tidak lama ketenangan itu menjelma, tampil pula cabaran lain; fenomena kemunafikan yang mengganggu dari dalam masyarakat Islam dan serangan yang tidak henti-henti dari kaum musyrikin luar, merenggut ketenangan dan keselesaan dari wajah yang tersenyum dan tenang itu.

Betapa manusia sekitar 15 abad yang lalu, dalam era sejarah yang paling gelap berbanding zaman kita kini dan dalam persekitaran budaya yang paling dekaden - mundur berbanding dengan persekitaran budaya Iran dan Rom ketika itu, dalam kehidupan yang sangat singkat yang hampir tidak sempat untuk menggambarkan dirinya, tapi bagaimana ia menunjukkan dirinya dalam sejarah manusia, dan hari ini agamanya dikenali sebagai agama terbesar di dunia, dan ia mempengaruhi banyak bahagian dari penghuni dunia, malah di negara-negara Eropahpun tak lepas dari pesonanya (SAW)?

Tentu satu mukjizat lain yang perlu diiktiraf sebagai kerja Tuhan; iaitu Tuhanlah yang sesungguhnya mempunyai kehidupan; kehidupan dunia dan penghuni dunia ada di tangan-Nya dan kasih-sayang dan cinta di hati semua makhluk-Nya ada dalam kuasa-Nya, dan maha tahu bagaimana menjadikan seorang hamba-Nya yang murni itu kekal abadi di dunia, demikianlah yang difirmankanNya:

إِنَّ الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَيَجْعَلُ لَهُمُ الرَّحْمَنُ وُدًّا

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang". (Qs, Maryam 19:96).

Bahkan Allah swt sendiri telah berjanji kepada Nabi Muhammad (SAW) bahawa Allah swt akan memberinya jawatan - maqam "terpuji -مَحْمُودًا ;

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

“Dan bangunlah (Wahai Muhammad) pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu di tempat yang terpuji." (Qs, Al-Israa' 17:79).

Demikian Allah swt telah menepati janji-Nya dan ini menjadi hujjah - mukjizat Ilahi bagi umat manusia;

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ - وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ - الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ - وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ

"Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) - Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) - Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? -
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?" (Qs, Ash-Syar-h 94:1 - 4).

* Iqtibas daripada nota Hujjatul-Islam wal-Muslimin Ali Nasiri, profesor Hauzah di bandar Qom - Republik Islam Iran.

captcha