IQNA

Surah-surah Al-Quran (36)

Surah "Yasin"; Jantung Al-Quran

4:01 - October 17, 2022
Berita ID: 3101675
TEHRAN (IQNA) - Di dalam Al-Quran terdapat berbagai-bagai kandungan dan persoalan, tetapi kandungan Al-Quran yang paling penting dan utama boleh dianggap sebagai tiga prinsip agama, iaitu Tauhid, Kenabian dan Ma'ad - hari kebangkitan kembali - Alam Akhirat - Kiamat, yang disebut dalam pelbagai bahagian Al-Quran, termasuk dalam Surah "Yasin".

Laporan IQNA; Surah ketiga puluh enam Al-Quran disebut; «یس» yang dibaca "Yaasiin" (disebut "Yasin"). Surah dengan 83 ayat ini terdapat pada juzuk 22 dan 23. "Yasin" adalah salah satu surah Makiyah, iaitu wahyu ke-41 yang diturunkan kepada Nabi Islam.

Surah ini bermula dengan huruf Muqattaah - حروف مُقَطَّعة - potongan huruf "Ya «یاء » dan Sin"- «سین» dan dikenali dengan nama ini «یس». Menurut Hadith Nabi SAW, Surah Yasin adalah salah satu surah Al-Quran yang paling mulia, sehingga ia digelar "jantung Al-Quran" -«قلب القرآن» Qalbul-Quran - hati - intipati Al-Quran.

Menurut beberapa ahli, Surah Yasin dinamakan jantung Al-Quran kerana semua isi dan prinsip yang disebutkan dalam keseluruhan Al-Quran dibentangkan dalam surah ini, dan jika seseorang memperhatikan ayat-ayatnya, nampaknya bahawa dia telah memahami seluruh Al-Quran.

Surah "Yasin" diturunkan ketika orang musyrik menafikan isu kebangkitan manusia kembali setelah kematiannya - kehidupan kembali manusia di alam akhirat. Allah menurunkan surah ini sebagai balasan kepada mereka.

Surah Yasin berkaitan dengan tiga prinsip agama; Tauhid, Kenabian, dan Kebangkitan, dan bercakap tentang kebangkitan orang mati dan kemampuan bercakapnya bahagian tubuh manusia di alam kebangkitan. Juga, kisah para sahabat kampung - ashabu kariah dan mukmin dari keluarga Yasin - Aali Yasin -آل‌ یس disebut dalam surah ini.

Ayat-ayat pembuka surah ini membicarakan isu Kenabian dan falsafahnya serta reaksi manusia terhadap seruan para nabi, keadaan umat dalam menerima dan menolak seruan para nabi menyatakan bahawa natijah dari seruan para nabi yang benar adalah kebangkitan umat dan hanya mereka yang menerima seruan ini akan berada di jalan menuju kebahagiaan.

Kemudian terdapat ayat-ayat tentang tauhid yang menyenaraikan tanda-tanda keesaan Allah. Selepas itu, timbul pula isu tentang kebangkitan dan hidup kembalinya orang mati pada hari kiamat untuk mendapat azab dan memisahkan penjenayah daripada orang-orang soleh, dan dikatakan bahawa anggota badan - tangan, kaki, mata, telinga, kulit, hati dll- akan bercakap pada hari itu.

Bahagian yang berkaitan dengan kebangkitan adalah bahagian yang paling penting dalam surah ini, yang berkaitan dengan pelbagai sebab kebangkitan dan sifat hubungan dan soal jawab pada hari kiamat, akhir dunia, syurga dan neraka. Pada permulaan perbincangan ini, terdapat ayat-ayat yang mengejutkan untuk menyedarkan dan berjaga-jaga bagi orang yang lalai dan jahil.

Akhir sekali - ayat-ayat terakhir surah tersebut menggambarkan keadaan penjenayah dan orang-orang soleh pada hari kebangkitan. Di akhir surah, ringkasan tiga prinsip agama iaitu; Tauhid, Kenabian dan Kebangkitan yang diberi hujah ke atasnya.

captcha