IQNA

Surah-surah Al-Quran / 38

Sebab Syaitan ingkar terhadap perintah Allah dalam Surah "Sad"

10:08 - October 31, 2022
Berita ID: 3101740
TEHRAN (IQNA) - Sumber sejarah dan agama menyatakan bahawa syaitan pada mulanya sebagai makhluk Tuhan yang istimewa. Makhluk yang telah menyembah Tuhan selama bertahun-tahun, tetapi kerana kemaksiatan, menjadi makhluk yang terkutuk dan diusir dari keredhaan Tuhan.

Laporan IQNA; Surah ketiga puluh lapan dalam Al-Quran disebut "ص" (Sad). Surah dengan 88 ayat ini diletakkan dalam juzuk ke 23. Surah "Sad", merupakan surah Makiyah dan wahyu yang ketiga puluh lapan yang diturunkan kepada Nabi Islam (SAW).
 
Penamaan surah ini sebagai "Sad" adalah kerana terdapatnya huruf  Muqathaah - مقطعة (yang terputus)  - ص -  pada permulaannya.  
 
Topik utama surah ini adalah tentang Nabi Islam (SAW) dan seruan kepada tauhid dan keikhlasan Nabi (SAW) dengan kitab yang 
diturunkan Allah kepadanya.

Surah ini dimulakan dengan topik tauhid dan kenabian Nabi Islam (SAW) dan kedegilan orang-orang musyrik terhadapnya, dan diteruskan dengan kepentingan dan keharusan tadabur dan merenungi Ayat-ayat Al-Quran dan beberapa kenyataan orang musyrik tentang Al-Quran. 

Surah ini juga merujuk kepada kisah 9 orang Nabi Allah, khususnya Nabi Daud, Sulaiman dan Ayub (as). Nabi Ibrahim, Ishaq, Yaqub, Ismail, Eliasa dan Zul-Kifli (as) juga disebut sebagai nabi dan hamba Allah yang istimewa dalam surah ini.

Dan menggambarkan keadaan golongan soleh dan fasik serta nasib orang-orang kafir pada hari kiamat dan perbalahan antara ahli neraka.

Akhirnya surah ini menyebut tentang penciptaan manusia dan kedudukannya yang tinggi serta sujud para malaikat kepada Adam atas perintah Allah, juga tentang keengganan Syaitan untuk sujud kepada Adam.

Sebab tidak sujud nya Syaitan kerana anggapan kelebihan sebagai makhluknya yang terbuat dari api atas ciptaan Adam yang terbuat dari tanah, dan Iblis bersumpah akan menipu manusia (anak-keturunan Adam) hingga hari kiamat.


Berita Berkaitan
Nama:
Email:
* komen:
captcha