IQNA

Perhimpunan Hafiz al-Quran Bagi Projek “4000 Hafiz untuk 4000 Syuhada Yazd” Diadakan

7:10 - November 01, 2025
Berita ID: 3107226
IQNA - Perhimpunan para hafiz al-Quran bagi projek “Pembangunan 4000 Hafiz al-Quran sebagai Penghormatan kepada 4000 Syuhada Mulia Wilayah Yazd” telah diadakan dengan kehadiran Gabenor Wilayah Yazd.

Laporan IQNA dari Yazd; Majlis besar ini yang turut disertai sesi penghargaan kepada pemenang Anugerah Tahunan Hamd «حمد», berlangsung pada 30 Oktober (8 Aban) di Dewan Kolej Sayyidah Ruqayyah (a.s.).

Dalam ucapannya, Mohammad Reza Babaei «محمدرضا بابایی», Gabenor Yazd, menegaskan kedudukan agung al-Quran al-Karim sebagai panduan kebahagiaan dan keselamatan manusia. Beliau menyeru agar bacaan al-Quran disertai tadabbur dan pemahaman mendalam terhadap ayat-ayat wahyu, kerana ayat-ayat suci al-Quran merupakan ayat kehidupan dan jalan kebahagiaan sejati.

Sementara itu, Hujjatul Islam Hamid Reza Mottaharian «حجت‌الاسلام حمیدرضا مطهریان», Ketua Eksekutif Kesatuan Institusi dan Pertubuhan Rakyat Budaya al-Quran dan Ahlulbait Wilayah Yazd, menjelaskan bahawa projek “4000 Syuhada, 4000 Hafiz al-Quran” bertujuan mengabadikan ajaran al-Quran sebagai peringatan terhadap para syuhada Yazd.

Beliau berkata bahawa projek besar ini bermula sejak tahun 2022 (1401Hsy) hasil usaha institusi-institusi al-Quran rakyat di wilayah tersebut, dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Menurutnya, seramai 6,841 peserta kini menyertai projek ini — satu bukti nyata akan komitmen tinggi masyarakat Yazd terhadap budaya dan ajaran al-Quran.

Dalam kesempatan itu juga, Ruhollah Mottaharian, Setiausaha Eksekutif Projek “4000 Syuhada, 4000 Hafiz al-Quran”, menjelaskan bahawa perhimpunan kali ini menghimpunkan para hafiz, tenaga pengajar dan pengurus institusi al-Quran wilayah Yazd.

Majlis turut menyaksikan pembacaan beramai-ramai (maqra’ah) ayat-ayat al-Quran, pembentangan tadabbur al-Quran oleh dua peserta cemerlang, serta penghargaan kepada institusi dan tenaga pengajar terbaik yang aktif dalam projek tersebut.

4313821

captcha