IQNA

Surah-surah Al-Quran (48)

Surah Fath; Berita gembira kemenangan jelas bagi umat Islam

2:30 - December 18, 2022
Berita ID: 3101959
TEHRAN (IQNA) - Salah satu peristiwa yang paling menentukan bagi umat Islam pada permulaan Islam ialah perdamaian Hudaibiyah dan gencatan senjata selama 10 tahun telah diwujudkan antara Muslim dan musyrik. Walaupun ini kelihatan seperti kejadian yang mudah, perdamaian ini membawa banyak kemenangan bagi umat Islam.

Laporan IQNA; Surah ke-48 dalam Al-Quran disebut «فتح» "Fath". Surah dengan 29 ayat ini diletakkan dalam juzuk ke-26 dalam Al-Quran. Fath, yang merupakan surah Madaniyah adalah wahyu yang ke seratus dua belas yang diturunkan kepada Nabi Islam (SAW).

Menggelar surah ini dengan «فتح» kerana pada permulaan surah ini menyebut tentang Fath Mubin (kemenangan yang nyata).

إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًۭا مُّبِينًۭا

"Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata". (Qs, Al-Fat-h 48:1).

Kemenangan yang berlaku semasa keamanan Hudaibiyah pada tahun ke-6 Hijriah. Perdamaian ini adalah gencatan senjata selama 10 tahun antara Nabi (SAW) dan kaum musyrikin Mekah. Kontrak ini menghasilkan kemenangan besar yang lain; Seperti: penaklukan Khaybar (خیبر)pada tahun ke-7 Hijriah, penaklukan Mekah pada tahun ke-8 Hijriah, dan pengislaman sebilangan besar orang kafir dalam dalam tempoh ini, pad yang demikian adalah disebut «فتح مبین» "Fath Mubin" yang surah ini dikenali dengan nama Surah al-Fath.

Kandungan utama Surah Fath ialah risalah kemenangan umat Islam dan rahmat yang Allah berikan kepada Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, serta pujian dan janji-janji indah Allah SWT untuk mereka di dunia dan akhirat. Juga berita gembira tentang mendapat pahala iman, jihad dan keikhlasan mereka di akhirat, dan pengampunan kesalahan para mujahidin di jalan Allah, peringatan kepada orang kafir dan munafik, dan penggambaran kedudukan tinggi Nabi dan matlamat wahyu dan misi telah disebutkan dalam surah ini

Surah ini dimulakan dengan isu berita gembira kemenangan yang jelas dan menekankan merealisasikan impian Nabi Islam (SAW) untuk memasuki Mekah.

Dalam bahagian lain, surah ini bercakap tentang kegagalan orang munafik dan contoh alasan tidak berasas mereka untuk tidak menyertai medan perang dan menangani tuntutan tidak munasabah mereka.

Kemudian memperkenalkan kumpulan yang tidak perlu hadir di medan perang, dan akhirnya, dalam satu bahagian, surah ini bercakap tentang ciri-ciri pengikut mazhab Nabi Islam (SAW) dan sifat istimewa mereka.

Berita Berkaitan
captcha