IQNA

Surah-surah Al-Quran (50)

Surah Qaaf; Jawapan kepada mereka yang mengingkari hari kebangkitan

4:01 - December 25, 2022
Berita ID: 3101984
TEHRAN (IQNA) - Ma'ad (معاد) atau Kebangkitan kehidupan kembali selepas mati merupakan satu subjek yang telah ditekankan dalam ajaran agama. Surah Qaaf adalah salah satu surah Al-Quran, yang menjawab orang-orang yang mendustakan Ma'ad, yang menganggap hidup terbatas di dunia ini sahaja dan tidak ada kebangkitan hidup kembali bagi manusia.

Laporan IQNA; Surah ke-50 dalam Al-Quran disebut «قاف - ق » "Qaaf". Surah dengan 45 ayat ini diletakkan dalam juzuk 26. "Qaaf", yang merupakan salah satu surah Makiyah, dan sebagai wahyu ketiga puluh empat yang diturunkan kepada Nabi (SAW).

Surah ini dinamakan "Qaaf" kerana ia bermula dengan huruf "Qaaf". Ma'ad dan kejutan orang kafir pada kebangkitan orang mati, nubuatan, tauhid dan kuasa ketuhanan adalah antara topik surah ini.

قٓ ۚ وَالۡقُرۡاٰنِ الۡمَجِيۡدِۚ

"Qaaf. Demi Al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya" (Qs, Qaaf 50:1).

Surah ini menyatakan perihal dakwah Islam dan menunjukkan apa yang ada dalam seruan dakwah ini, iaitu Ma'ad dan pengingkaran orang musyrik terhadap kebangkitan kembali manusia setelah matinya, dan keajaiban orang musyrik terhadap akan adanya Ma'ad. Dalam perkara berikutnya surah ini menjawab keraguan dan kejutan mereka, dan mengancam mereka bahawa jika mereka tidak menerima jalan petunjuk dari seruan dakwah Al-Quran, mereka akan binasa.

Kemudian dengan memperlihatkan bukti; penciptaan langit dan menghiasinya dengan bintang-bintang yang tidak bergerak, penciptaan dan pengembangan bumi dan gunung-gunung yang berakar, tumbuh-tumbuhan jantan dan betina, mencurahkan air dari langit dan memberi rezeki kepada hamba-hamba dan menghidupkan bumi dengan air itu, ilmu dan kuasa Tuhan.

Berdasar dalih-dalih ini, surah Qaaf menggambarkan keadaan manusia, yang berada di bawah penjagaan yang ketat dari hari pertama dia dicipta sehingga berterusan selama hidup, semua perkataan yang diucapkan oleh mulutnya, semua kenangan yang terlintas di fikirannya, dan godaan yang datang melalui nafsunya, semua dicatat, kemudian setelah dia mati, bagaimana pula dia akan diuruskan, lalu dia dibangkitkan kembali untuk menerima perkiraan amal dunianya yang telah diperbuatnya. Dalam hal ini, sama ada dia termasuk orang yang mendustakan seruan dakwah Islam dan masuk neraka, atau dia termasuk orang yang menerima, meyakini dan berlaku soleh dan masuk syurga.

Berita Berkaitan
captcha