IQNA

Al-Quran; "Kitab Dialog"

7:09 - November 10, 2022
Berita ID: 3101788
TEHRAN (IQNA) - Ajaran Islam banyak memuat "kaedah dialog" bahkan yang terkenal dengan Islam adalah sebagai agama tablig - dakwah - menyampaikan mesej - promosi - para penyampai wahyu Allah dikenal sebagai 'Nabi' - penyampai berita - dan agama yang menjemput audiensnya untuk berfikir, taakul, berbual, bercakap dan berbincang - oleh itu Al-Quran paling sempurna sebagai "kitab dialog" - beralasan - berhujah munasabah, kerana cara dialog yang betul dinyatakan dalam bentuk yang berbeza di dalam Al-Quran.

Laporan IQNA; Meneliti ayat-ayat Al-Quran menunjukkan bahawa Islam memberi perhatian khusus kepada isu dialog dan telah menggunakannya sebagai alat yang sesuai untuk berkomunikasi antara budaya dan agama.

Percakapan malaikat dengan Allah, percakapan Allah dengan para nabi, percakapan nabi-nabi Allah dengan mukmin dan kafir menceritakan tentang hakikat ini.

Oleh itu, konsep Islam boleh dipanggil sebagai "kaedah dialog" dan Al-Quran sebagai "kitab dialog", kerana cara-cara dialog yang betul dinyatakan dalam bentuk yang berbeza dalam Al-Quran.

Dalam ayat 18 Surah Az-Zumar, mereka yang mendengar perkataan orang lain dan mengikut perkataan yang terbaik diperkenalkan sebagai orang yang mendapat petunjuk dan bijak.

الَّذِيْنَ يَسْتَمِعُوْنَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُوْنَ اَحْسَنَهٗ ۗ اُولٰۤىِٕكَ الَّذِيْنَ هَدٰىهُمُ اللّٰهُ وَاُولٰۤىِٕكَ هُمْ اُولُوا الْاَلْبَابِ

"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna." (Qs, Az-Zumar 39:18).

Al-Quran juga telah memperkenalkan ciri-ciri dialog yang baik; Mentaati kesopanan, tidak berbangga, bersikap tenang, memaafkan, berbudi dan menjauhi bahasa yang tidak baik adalah antara perkara ini.

Pada hari kiamat, manusia dan Tuhan akan berdialog antara satu sama lain, dan percakapan pada hari kiamat itu adalah cerminan dari percakapan duniawi.

Dialog ialah peluang untuk menyampaikan konsep dan konteks untuk mencapai kerohanian dan evolusi, dan ia tidak boleh diabaikan dan ditutup.

Sejauh mana kita boleh menyampaikan lebih banyak konsep, kita telah membantu mengeratkan hubungan manusia, berkembang dalam kehidupan dan mencapai kedudukan istimewa di sisi Tuhan.

Kisah-kisah Al-Quran adalah contoh terbaik tentang kepentingan dialog dalam agama Islam, kerana ia menceritakan sejarah nabi dan peristiwa, dan Agama Islam menawarkan dialog kepada orang lain.

Di dalam Al-Quran juga disebutkan bahawa sesetengah percakapan mungkin berakhir dengan pertengkaran atau pergaduhan, tetapi ia tidak pernah menyarankan untuk menghentikan percakapan yang baik - dialog, sebaliknya menyarankan untuk tidak bergaduh, melarang ujaran kebencian dan tidak menjaga perpaduan.

Al-Quran meminta orang ramai untuk membuktikan kebenaran dan menolak kebatilan dengan menjadi perantara dalam dialog, yang merupakan kaedah para nabi ilahi apabila menyeru untuk mengenal dan menyembah Tuhan.

Keagresifan (teriak) adalah sebahagian daripada teknik perbualan dan kadangkala ia tidak dapat dielakkan dan Al-Quran telah mengenalinya dan menurut Al-Quran, perbincangan ini tidak boleh membawa kepada perselisihan kerana ada unsur pilih kasih yang melampau. Sebaliknya, keagresifan  sepatutnya membantu orang ramai untuk berkembang dan memperoleh kuasa untuk menemui dan melihat kebaikan isu yang dibincangkan.

Oleh itu, Al-Quran meletakkan prinsip pada dialog - saling memperkenalkan, bukan saling berhujah atau berdalih dan jika berlaku perselisihan faham, orang ramai diminta menyelesaikan pertikaian dengan tenang dan dengan pengurusan yang penuh kasih sayang dengan menjaga kehormatan kemanusiaan.

captcha