IQNA

Bermulanya musabaqah hafazan Al-Quran antarabangsa di Jerman

6:24 - November 13, 2022
Berita ID: 3101799
TEHRAN (IQNA) - Pertandingan menghafaz Al-Quran peringkat antarabangsa disertai wakil 33 negara dunia bermula Jumaat 11 November 2022, di bandar Hamburg, Jerman.

Laporan IQNA, memetik Marib Press; Pertubuhan Pemeliharaan Al-Quran Wakaf Al-Noor, yang bergabung dengan Badan Amal Islam Antarabangsa Kuwait, telah menganjurkan pertandingan menghafaz Al-Quran antarabangsa dengan penyertaan wakil 33 negara dalam bandar Hamburg, Jerman.

Daniyal Abedin, pengarah Wakaf Al-Noor dan naib presiden Majlis Tertinggi Umat Islam di Jerman, berkata pendaftaran untuk menyertai pertandingan ini tamat pada 20 Oktober.

Tambahnya lagi: Pertandingan-pertandingan ini diadakan dalam rangka menjaga dan mementingkan kitab Allah serta menggalakkan umat Islam menghafaz dan mengamalkannya.

Selain itu, pertandingan sebegini akan memberi kesan ideologi yang kuat dan membantu melindungi identiti dan pendidikan agama berdasarkan nilai dan etika Al-Quran.

Naib presiden Majlis Tertinggi Umat Islam di Jerman juga mengumumkan sambutan baik umat Islam untuk menyertai pertandingan global Al-Quran ini.

Pertandingan ini dibahagikan kepada empat kumpulan: Hafazan lima juzuk bagi mereka yang menghafaz Al-Quran sehingga umur 16 tahun, hafazan 10 juzuk bagi mereka yang menghafaz Al-Quran sehingga umur 18 tahun, hafazan 15 juzuk bagi mereka yang menghafaz Al-Quran sehingga peringkat umur 25 tahun, dan menghafaz Al-Quran yang lengkap bagi peringkat umur sehingga 30 tahun.

Pertandingan ini berterusan sehingga Ahad, 13 November, hari ini.

Sheikh Talal Hadi, penganjur pertandingan ini, berkata pada majlis perasmian: Pertandingan ini akan diadakan dengan penyertaan peserta dari 33 negara Eropah dan bukan Eropah, dan jawatankuasa pengadil antarabangsa dari negara berbeza juga akan mengadili peserta pertandingan.

آغاز مسابقات بین‌المللی حفظ قرآن در آلمان 

4098801

captcha