IQNA

Ayatullah Syeikh Isa Qasim:

Syahid Sulaimani dan Al-Muhandis adalah contoh Islam yang tulen

12:31 - January 09, 2023
Berita ID: 3102056
TEHRAN (IQNA) - Pemimpin Islam Bahrain itu menyifatkan syahid Qasim Sulaimani dan Abu Mahdi Al-Muhandis sebagai contoh dan tanda Islam yang tulen (murni - asli).

Laporan IQNA; memetik Pusat Muqawamah terhadap Budaya dan Maklumat (مرکز المقاوم للثقافة و الاعلام); Warga Bahrain yang tinggal di kota suci Qom mengadakan upacara peringatan pada ulang tahun ketiga kesyahidan Haji Qasim Sulaimani dan Abu Mahdi Al-Muhandis.

Dalam majlis ini, Ayatullah Syeikh Isa Qasim Bahrain, menyampaikan ucapan tentang syahid, jihad dan tazkiatun Nafs (penjagaan diri dari dosa).

Beliau menyifatkan kesyahidan bekas komander Pasukan Quds IRGC dan timbalan pertubuhan Hashd al-Shaabi sebagai insiden di luar Iran dan Iraq dan berkaitan dengan Umat Islam.

Syeikh Isa Qasim menegaskan: Kerajaan Amerika ingin menghentikan kemaraan gerakan jihad dan menghadapi gerakan ini dengan menghancurkan jasad - mengerat-ngerat tubuh kedua-dua syuhada ini, tetapi keadaan telah berubah dan terbalik sama sekali.

Dalam bahagian lain ucapannya mengenai hubungan antara muslimin Bahrain dan Syahid Sulaimani, berkata: "Tawanan muslim Bahrain menitiskan air mata apabila mereka mendengar berita syahidnya Haji Qasim Sulaimani. Mereka masih menangis dan hati mereka terbakar apabila mengenangkan lelaki ini. Apakah hubungan antara kedua-dua pihak? Hubungan dan pertalian ini berdasarkan iman, kemanusiaan dan kewalian."

4112928

captcha