IQNA

Surah-surah Al-Quran (55)

Surah "Ar-Rahman"; Tuhan kerap Mempersoalkan kenapa menafikan nikmatNya

7:50 - January 11, 2023
Berita ID: 3102062
TEHRAN (IQNA) - Allah telah memberikan banyak nikmat kepada manusia; Tetapi manusia tidak betul-betul menghargai nikmatNya atau malah menyangka Allah tidak mengambil berat tentang hambaNya.

Laporan IQNA; Surah kelima puluh lima dalam Al-Quran disebut «الرحمن» "Ar-Rahman". Surah dengan 78 ayat ini diletakkan dalam juzuk 27. Terdapat perbezaan pendapat sama ada surah ini Mekah atau Madani. Surah ini adalah wahyu yang kesembilan puluh tujuh yang diturunkan kepada Nabi Islam (SAW).

Surah Ar-Rahman digelar pengantin Al-Quran. Julukan ini berdasarkan riwayat yang diceritakan daripada Nabi Islam (SAW).

Penamaan surah ini sebagai «الرحمن» yang merupakan salah satu nama Ilahi, diambil dari kata pembuka surah tersebut.

اَلرَّحۡمٰنُۙ

"(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya." (Qs, Ar-Rahmaan 55:1).

Surah Ar-Rahman menganggap dunia tertakluk kepada manusia dan jin untuk mengelola dan memanfaatkannya. Surah ini membahagikan dunia kepada dua bahagian, dunia yang akan rosak dan dunia yang kekal.

Dunia yang kekal bagi manusia adalah dunia setelah kematiannya (kepergiannya) dari dunia ini, dunia kelanjutan atau dikenalkan sebagai alam akhirat, di sana kebahagiaan dan kesengsaraan, berkat dan hukuman akan dipisahkan, di sana manusia akan menjumpai kelayakan nasibnya masing-masing, apakah dia sebagai penerima anugerah kebahagiaan atau akan dicampakkan dalam kesengsaraan.

Surah Ar-Rahman menyatakan bahawa seluruh kewujudan (dunia dan akhirat) mempunyai sistem yang berkait antara satu sama lain dan segala yang wujud di dunia ini adalah rahmat Allah SWT, oleh itu Tuhan bertanya kepada manusia dan jin dengan ungkapan tajam; فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ "Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" Sebanyak 31 kali dalam surah ini.

Surah Ar-Arahman dimulakan dengan sejenis rahmat Allah yang merangkumi semua makhluk dan diakhiri dengan pujian kepada Allah; Menyenaraikan beberapa siri nikmat Allah di dunia dan akhirat. Di dalam surah ini juga dibincangkan tentang penetapan hari kiamat dan ciri-cirinya serta cara mengaudit tindakan amal manusia.

Dalam surah ini, ajaran Al-Quran, penciptaan manusia dan jin, penciptaan tumbuh-tumbuhan dan pepohonan, penciptaan langit, peraturan undang-undang, penciptaan bumi dengan ciri-cirinya, penciptaan buah-buahan, penciptaan bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan yang harum, pertalian dua laut yang masin dan manis serta makhluk laut; tersenarai di antara nikmat Tuhan.

Kelanjutan surah ini menunjukkan kepada keruntuhan sistem duniawi dan penubuhan hari kiamat, ciri-ciri hari kiamat, cara menghitung tindakan duniawi manusia dan ganjaran dan hukuman, dan menyenaraikan azab neraka dan keberkatan syurga untuk orang-orang yang soleh.

Di antara nikmat syurga yang disebutkan dalam surat ini ialah taman, mata air, buah-buahan, pasangan yang cantik dan setia. Antara perkara yang paling penting dalam surah ini ialah ayat terpendek Al-Quran, sungguh unik, yang dinyatakan dalam ayat 64 surah ini:

مُدْهَآمَّتَانِ

"Kedua-duanya menghijau subur tanamannya". (Qs, Ar-Rahmaan 55:64).

Keunikan lain surah ini pada ayat 19, mengenai pemberitaan saintifik ayat ini:

مَرَجَ الۡبَحۡرَيۡنِ يَلۡتَقِيٰنِۙ

"Tuhan biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu". (Qs, Ar-Rahmaan 55:19).

Dua lautan yang lain rasanya diletakkan bersebelahan tetapi tidak bercampur. Pengkaji ilmu alam percaya bahawa ayat ini merujuk kepada dua laut iaitu Laut Baltik dan Laut Utara di Denmark.

captcha