IQNA

Hari terakhir Pertandingan Al-Quran Antarabangsa ke 39 RII;

Kejutan peserta Indonesia dan korona tidak mampu tewaskan kualiti bacaannya + Klip

9:48 - February 23, 2023
Berita ID: 3102250
TEHRAN (IQNA) - Malam terakhir Pertandingan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-39 Republik Islam Iran (RII) telah berakhir. Pada petang semalam, qari Indonesia meninggalkan bacaan yang berkekalan dan merupakan antara segelintir qari yang menggembirakan dewan semasa pertandingan ini.

Laporan IQNA; Hari ketiga dan terakhir Pertandingan Al-Quran Antarabangsa Republik Islam Iran ke-39 dalam bahagian lelaki bermula pada jam 15:30 di dewan sidang kemuncak negara-negara Islam, dengan persembahan Seramai 10 orang peserta dalam tiga disiplin ilmu qiraah Al-Quran iaitu Taranum, Tilawah Tartil dan hafazan seluruh Al-Quran.

 

 

Acara paling penting pada hari ketiga dan terakhir ialah persembahan wakil Negara Republik Islam Iran (NRII) dalam bidang tartil, serta persembahan menarik wakil Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) dalam bidang bacaan Taranum. Satu-satunya peserta yang dapat menceriakan penonton di dewan sepanjang kejohanan ini.

Persembahan wakil Negara India dalam bidang bacaan taranum adalah sebahagian lagi program hari ketiga dan terakhir, peserta ini membaca dengan baik gaya India dan melaksanakan rancangan yang ia target.

Dalam kesinambungan pertandingan hari ini, giliran Abdullah Fikri dari Indonesia dalam bidang pembacaan tahkik - taranum. Indonesia adalah salah satu negara yang biasanya menghantar qari yang baik ke pertandingan, dan qari negara ini sentiasa mencapai keputusan yang dihormati dalam pertandingan. Perkara yang paling penting dalam persembahan peserta ini ialah permulaan yang baik, kemahiran dalam bacaannya menjadikan bacaan yang indah dan lebih lengkap. Qari ini berkebolehan dalam semua kelas vokal, iaitu kuat dalam bass, pertengahan dan tinggi. Beliau melaksanakan sepenuhnya maqam Bayat, Hijaz, Nahavand dan Rast.

Abdullah Fikri merupakan satu-satunya peserta pada kejohanan kali ke-39 ini yang mampu menceriakan penonton di dalam dewan pertandingan.

Menurut laporan IQNA, apa yang luar biasa dalam tempoh pertandingan ini dan ramai hakim dan pakar tilawah juga mengakui ia adalah kualiti bacaan peserta yang tidak begitu tinggi, kualiti yang terjejas akibat penutupan atau virtualisasi majlis hampir dua tahun sebab wabak korona. Nampaknya aliran bacaan profesional Al-Quran boleh dikata jika tidak mundur, sekurang-kurangnya berhenti di tempat pada tahun-tahun ini, dan tahap peserta masih belum kembali ke zaman pra-korona.

4123645

captcha