IQNA

Aktiviti Kanak-kanak di samping Pertandingan Al-Quran Global ke 39 RII + Gambar

17:39 - February 21, 2023
Berita ID: 3102242
TEHRAN (IQNA) - Dalam catatan kaki pertandingan Al-Quran antarabangsa ke 39 Republik Islam Iran, bilik kanak-kanak dan remaja dengan matlamat yang kukuh, memperkenalkan konsep dan akhlak Al-Quran dan juga mengajarkan ketrampilan kesenian.

Laporan IQNA; Aktiviti yang telah dilakukan dalam nota kaki pertandingan Al-Quran antarabangsa yang ke 39 Republik Islam Iran, menawarkan bilik perundingan khusus untuk menghafal dan membaca Al-Quran, menganjurkan pertandingan dan forum Al-Quran serta perundingan wakaf Al-Quran, menjawab kepada soalan undang-undang syariah bagi wanita dan menjawab kepada soalan umum agama dan Al-Quran, perundingan keluarga dan persatuan khusus dakwah yang berada di laluan barat Dewan Majlis Pertandingan ini.

Hujjatul-Islam Javad Rabie (حجت‌الاسلام جواد ربیعی), Pengarah Institut Al-Quran-Budaya, Tehran dan Qom (dikenali sebagai Amu Bahari), berkata; “Semasa pertandingan berlangsung, kami berpeluang berkhidmat kepada keluarga dan mengajar konsep Al-Quran dalam bentuk wayang kulit dan persembahan dengan kehadiran kanak-kanak di surau ini."

Beliu menambah: Selain itu, kanak-kanak di bawah umur dan remaja akan mengenali seni kreativiti dan membentuk dengan belon, seni kertas dan gunting (origami) dan di bahagian lain, mereka boleh belajar daripada konsep yang dinyatakan dalam ayat-ayat dengan melukis atau menyertai pertandingan menghafaz Surah secara bersemuka.

Perlu diingatkan bahawa upacara perasmian peringkat akhir Pertandingan Al-Quran Antarabangsa Republik Islam Iran ke-39 telah diadakan pada 29 Bahman pada masa yang sama dengan peringatan hari Mab'ats - pertambalan kenabian baginda Nabi (SAW) 27hb Rejab di Dewan sidang Kemuncak negara-negara Islam.

4123187

captcha