IQNA

Kerugian kekal manusia

8:25 - March 06, 2023
Berita ID: 3102303
TEHRAN (IQNA) - Manusia disebut sebagai sebaik-baik ciptaan Tuhan, tetapi kelebihan ini tidak menjadikannya selamat, dan menurut Al-Quran, manusia sentiasa terdedah kepada bahaya. Bahaya dan Kerugian ini hanya boleh dielakkan jika manusia kembali kepada fitrah sucinya.

Laporan IQNA; Al-Quran kadangkala menggunakan pernyataan bahaya untuk manusia di antara ayat-ayatnya; Ini bermakna kehilangan hakikat diri nya sendiri. Seseorang boleh hidup di dunia ini, memiliki banyak perkara, tetapi disebabkan manusia boleh kehilangan dirinya dan mengalami kerugian besar, demikian yan disebut dalam ayat 15 surah Az-Zumar;

فَاعْبُدُوا مَا شِئْتُمْ مِنْ دُونِهِ قُلْ إِنَّ الْخَاسِرِينَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ وَأَهْلِيهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَلَا ذَلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ

"(Setelah kamu mengetahui pendirianku ini wahai kaum musyrik, dan kamu masih juga berdegil) maka sembahlah kamu apa yang kamu kehendaki, yang lain dari Allah, (kamu akan mengetahui akibatnya)". Katakanlah lagi: "Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab perbuatan mereka memilih kekufuran atau kederhakaan). Ingatlah, yang demikian itulah kerugian yang jelas nyata."(Qs, Az-Zumar 39:15).

Perkataan «خُسر» dalam kamus bermaksud "mengalami kecacatan dalam modal asli manusia" Menurut Allamah Tabatabai, perkataan "Khusr" «خُسر» dan "Khusran" الْخُسْرَانُ kedua-duanya bermaksud kehilangan modal, dan "Khusran Nafs" «خسران نفس» bermaksud seseorang mendedahkan dirinya kepada kebinasaan, sehingga kemampuan untuk mencapai kesempurnaan menjadi hilang dan kebahagiaan akan menjadi jauh dari dia, itulah kerugian yang sebenarnya bagi manusia yang dialaminya pada hari akhirat, kerana kerugian pada hari itu tidak berkesudahan dan kekal.

Ayat ini dapat menunjukkan kesan “iman” «ایمان» dalam memperbaiki hubungan seseorang dengan dirinya; Boleh dikatakan bahawa seseorang yang menjalinkan hubungannya dengan Tuhan telah menanam benih kebaikan dalam dirinya yang secara beransur-ansur akan tumbuh dan melihat kesannya dalam kewujudannya, dan kesan ini tidak mempunyai sebab selain hakikat bahawa manusia mempunyai hubungan semula jadi dengan Tuhan dan takdirnya akan tergantung kepada Allah.

Walaupun menurut ahli tafsir ayat ini berkait dengan orang kafir, tetapi jelas sekali bahawa semua manusia akan ditimpa kemudaratan sebagaimana yang kita baca dalam Surah al-Asr: «إن الإنسان لفی خُسر» Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - (Qs, Al-'Asr 103:2).

Cara-cara untuk keluar dari skop kemudaratan juga jelas dinyatakan dalam surah ini. Iman (sambungan kepada Tuhan) adalah cara utama untuk melepaskan diri daripada kemudaratan diri manusia dan mendapatkan keberuntungan diri sendiri; dalam naungan Iman, manusia mendapat kekuatan, melihat dunia sebagai tanda Allah:

«وَيُعَلِّمُكُمْ مَا لَمْ تَكُونُوا تَعْلَمُونَ»

"Dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui." (Qs, Al-Baqarah 2:151).

captcha