IQNA

Perayaan lilin sempena pertengahan Syaaban di makam suci Karbala + Gambar

14:52 - March 08, 2023
Berita ID: 3102320
TEHRAN (IQNA) - Perayaan tahunan ke-23 "Lilin" diadakan pada malam pertengahan Syaaban di bawah pengawasan kepengurusan makam suci Huseini dan Abbasi di Karbala.

Laporan IQNA, memetik Al-Kafil; Perayaan ini diadakan semalam, 7 Mac, di "Bab Qiblah" makam suci hazrat Abu Fadhlil Abbas (as) dan "Afdhal al-Shami" ( «افضل الشامی»), pengarah pejabat Makam hazrat Abbasi, dan beberapa pegawai makam suci Abbasi dan Huseini telah menghadirinya.

Dalam majlis ini, 1,189 lilin dinyalakan mengikut umur Imam Zaman (AFS) dan lilin-lilin ini bersama-sama membentuk perkataan "ومِنّا مَهدِيُّها: Mahdi daripada kami".

Perayaan ini dimulakan dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran oleh "Adil al-Karbalai" («عادل الکربلایی») dan kemudian pegawai-pegawai wilayah Huseini dan Abbasi memberi ucapan dan mengucapkan tahniah kepada para hadirin dan Umat Islam sempena ketibaan Nisfu Sya'ban.

Bacaan Qasidah oleh penyair Ahlul-Bayt (as) dan persembahan nyanyian adalah antara program perayaan yang lain, dan pada akhirnya hadiah dan sijil penghargaan diberikan kepada jemaah ziarah dan penyair.

Perlu diingatkan bahawa Pesta Lilin adalah tradisi tahunan di mana lilin dinyalakan mengikut umur Imam Zaman (AFS), dan perayaan ini pertama kali dianjurkan pada tahun 2001 oleh Haji "Moqdad Karim Hadi" «مقداد کریم هادی» dari kota "Suwirah" «صویرة» di wilayah Wasit «واسط» Iraq dan kemudiannya dilanjutkan oleh kepengurusan wilayah makam suci Karbala.

4126594

captcha