IQNA

Ayatullah Fadhil Lankarani:

Mereka yang menghina Al-Quran bertentangan dengan ayat-ayat politik Al-Quran

18:46 - March 11, 2023
Berita ID: 3102324
TEHRAN (IQNA) - Adakah mereka yang menghina Al-Quran tidak bersetuju dengan ayat solat, puasa dan haji? Tidak, mereka bertentangan dengan ayat-ayat politik Al-Quran.

Laporan IQNA; Ayatullah Muhammad Jawad Fadhil Lankarani ( آیة الله محمد جواد فاضل لنکرانی) menyatakan perkara berikut dalam satu majlis di Madrasah Hauzah Hujjatiyah di Qom, yang boleh anda semak di bawah:

Undang-undang Alamiyah (تکوینیة) adalah untuk seluruh manusia, tetapi Undang-undang Syariah dikhususkan untuk orang-orang yang beriman, orang-orang soleh dan para ulama. Dari ayat yang mulia:

وَ لَقَدْ كَتَبْنا فِي الزَّبُورِ مِنْ بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُها عِبادِيَ الصَّالِحُونَ

“Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh". (Qs, Al-Anbiyaa' 21:105).

Atau ayat yang terkenal;

وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ كَمَا ٱسْتَخْلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ ٱلَّذِى ٱرْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًۭا ۚ يَعْبُدُونَنِى لَا يُشْرِكُونَ بِى شَيْـًۭٔا ۚ وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْفَـٰسِقُونَ

"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka." (Qs, An-Nuur 24:55).

Ayat-ayat ini menjelaskan mengenai kepimpinan Syariah, yang bermaksud kepimpinan perundangan Tuhan di bumi, Allah telah mengizinkan seseorang atau beberapa orang untuk membentuk kerajaan dan memerintah rakyat - umat manusia yang banyak.

Dalam penjelasan ayat tersebut; أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُها عِبادِيَ الصَّالِحُونَ
"Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh". Walaupun contoh lengkap ayat ini akan direalisasikan pada masa kemunculan Hazrat Al-Mahdi (AFS), ia boleh mempunyai contoh pada bila-bila masa untuk sesiapapun yang memiliki karakteristik hamba soleh Tuhan.

Revolusi Islam dan gerakan Imam Khumeini (ra) dan para sahabatnya, jihad para mujahidin semasa perang yang dikenakan dan mempertahankan tempat suci dan mempertahankan kehormatan Islam adalah contoh konkrit kepimpinan yang diwariskan oleh Tuhan kepada hamba solehNya - يَرِثُها عِبادِيَ الصَّالِحُونَ "warisan orang-orang yang soleh."

Ayat ini menjanjikan kepada manusia bahawa setiap kumpulan pada zamannya sendiri, dia boleh berfikir seperti ini dan berusaha untuk membentuk kerajaan agama.

Isu terpenting dalam agama Islam ialah isu kerajaan atau membangun kedaulatan negara. Ayat-ayat Al-Quran jelas menunjukkan keharusan mendirikan pemerintahan, ungkapan;
لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ "Bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi," adalah ungkapan darjat khalifah manusia di muka bumi.

Orang yang menghina Al-Quran tidak menentang ayat-ayat solat, puasa dan haji, tetapi penentangan utama mereka ialah dengan ayat-ayat politik Al-Quran.

Mereka berselisih dengan ayat:

إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤْتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُمْ رَٰكِعُونَ

"Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)." (Qs, Al-Maaidah 5:55).

Mereka berselisih dengan;

ٱلَّذِينَ يَتَرَبَّصُونَ بِكُمْ فَإِن كَانَ لَكُمْ فَتْحٌۭ مِّنَ ٱللَّهِ قَالُوٓا۟ أَلَمْ نَكُن مَّعَكُمْ وَإِن كَانَ لِلْكَـٰفِرِينَ نَصِيبٌۭ قَالُوٓا۟ أَلَمْ نَسْتَحْوِذْ عَلَيْكُمْ وَنَمْنَعْكُم مِّنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ ۚ فَٱللَّهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ ۗ وَلَن يَجْعَلَ ٱللَّهُ لِلْكَـٰفِرِينَ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا

"(Mereka yang munafik itu ialah) orang-orang yang sentiasa menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu; maka kalau kamu mendapat kemenangan dari Allah (dalam sesuatu peperangan), berkatalah mereka (kepada kamu): "Bukankah kami turut berjuang bersama-sama kamu? (Oleh itu kami juga berhak menerima bahagian dari harta rampasan perang)". Dan jika orang-orang kafir pula mendapat bahagian (yang menguntungkan dalam peperangan), berkatalah mereka (kepada orang-orang kafir itu): "Bukankah kami turut membantu kamu dan mempertahankan kamu dari (serang balas) orang-orang yang beriman (dengan mendedahkan rahsia perpaduannya)?" Maka Allah akan menghakimi di antara kamu semua pada hari kiamat; dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman." (Qs, An-Nisaa' 4:141).

Dan Mereka berselisih dengan ayat-ayat Jihad. Sekiranya Al-Quran tidak mempunyai ayat-ayat Jihad ini, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan konfrontasi Musa dengan Firaun, mereka tidak akan menentang Al-Quran (mereka tidak akan membakarnya).

Imam Khumeini (ra) bukan sahaja memusnahkan kerajaan Pahlavi yang korup dan zalim, tetapi apa yang dibawanya ialah gerakan ke arah mengobjektifkan ayat-ayat Al-Quran ini dan merealisasikan kedaulatan agama.

Kita mesti memberitahu manusia tentang sifat sosial agama dan memberitahu manusia bahawa agama bukan sahaja tentang solat dan puasa.

Perkara yang penting dalam agama ialah melihat siapakah yang ingin memerintah manusia, adakah dia kafir atau tidak kafir? Islam tidak membenarkan orang kafir memerintah orang Islam.

captcha