IQNA

Permulaan pertandingan Al-Quran Eropah kesembilan di Hamburg + Gambar

19:07 - March 11, 2023
Berita ID: 3102325
TEHRAN (IQNA) - Pertandingan Al-Quran Eropah edisi ke-9 bermula semalam, Jumaat, 10 Mac, di bawah naungan Darul Quran, Jerman, di Pusat Islam Hamburg.

Laporan IQNA; Pertandingan ini diadakan dalam bidang azan, hafazan, tilawah dan kefahaman Al-Quran serta dua bahagian bagi wanita dan lelaki serta akan berlangsung selama tiga hari.

Menerbitkan dan mempromosikan budaya dan ajaran Al-Quran, mewujudkan lahan untuk pertumbuhan dan kemakmuran golongan profesional Al-Quran, membiasakan sebanyak mungkin qari dan penghafaz Al-Quran dengan kata-kata wahyu, mewujudkan perpaduan dalam komuniti Al-Quran Eropah dan memindahkan pengalaman qari dan penghafaz yang terbilang antara satu sama lain adalah matlamat pertandingan ini.

Petandingan akhir dan majlis penutup serta penganugerahan akan diadakan esok, Ahad, 12 Mac, bersamaan, jam 9:00 pagi di Pusat Islam Hamburg.

Pertandingan diadakan dalam dua peringkat umur, bawah 16 tahun dan lebih 16 tahun, dan tilawah Al-Quran (lelaki), hafazan Al-Quran (lelaki dan wanita), tartil (lelaki dan wanita), kefahaman Al-Quran (lelaki dan wanita), azan (lelaki) dan tawasih atau nasyid tampa muzik (lelaki), merupakan bidang-bidang pertandingan ini.

Menurut laporan ini, orang pertama dalam kategori membaca dewasa akan menerima 1,500 euro, orang kedua akan menerima 1,200 euro, dan orang ketiga akan menerima 1,000 euro.
Selain itu, tempat ke-4 hingga ke-6 setiap bidang akan menerima elaun perjalanan pergi dan balik ke tempat-tempat ziarah, dan di kalangan wakil setiap negara, peserta yang mendapat markah tertinggi akan dihantar ke Pertandingan Al-Quran Antarabangsa sekiranya dia mempunyai syarat-syarat yang diperlukan.

 

انتهای پیام

4127285

captcha