IQNA

Keputusan menarik mahkamah Jordan

18:58 - April 26, 2023
Berita ID: 3102509
TEHRAN (IQNA) - Sebuah mahkamah di Jordan memerintahkan seorang pemuda yang dituduh bergaduh dengan seorang pemuda lain untuk membaca dan menghafal bahagian Al-Quran.

Laporan IQNA, memetik Arabi 21; Mahkamah di Jordan mewajibkan seorang pelajar muda membaca dan menghafaz ayat-ayat Al-Quran dengan sekemampuannya selepas persetujuan pihak pendakwa.

Pemuda ini, merupakan pelajar universiti dan pencari nafkah tunggal keluarganya, melakukan jenayah dengan menyerang, mengugut dan mencederakan orang lain, tetapi plaintif - pihak pendakwa mengetepikan hak peribadinya dan mahkamah memutuskan untuk memberi peluang kepada pemuda ini membela diri dengan hukuman alternatif, bagi tujuan membetulkan perangainya, mahkamah memperkenalkan beliau kepada Kementerian Wakaf, Hal Ehwal Islam dan Perkara-perkara Suci supaya beliau dapat menghafaz Al-Quran dengan sebaik mungkin.

Hakim Ismat Hossein Al-Rahmanah ( عصمت حسین الرحامنه), ketua panel hakim Mahkamah Jenayah Amman, mengeluarkan keputusannya dalam kes ini selepas sebulan mendengar saksi, dan membuat kesimpulan bahawa pemuda itu melakukan beberapa jenayah, tetapi dengan pengampunan plaintif; orang yang bersalah mesti berada di bawah pengawasan sosial.

Orang yang dituduh ini telah mengakui kesilapannya di mahkamah. Kanun Keseksaan 25 Jordan menyatakan bahawa khidmat kemanfaatan sosial adalah kewajipan orang yang disabitkan kesalahan dengan hukuman melakukan kerja tanpa gaji - berkhidmat kepada masyarakat untuk tempoh yang ditentukan oleh mahkamah, iaitu minimum 40 jam dan maksimum 200 jam.

Dalam keputusannya, mahkamah berkata bahawa ia telah membuat kesimpulan bahawa tertuduh telah melakukan jenayah yang didakwa dan harus dihukum, tetapi memandangkan dia masih muda, dia harus diberi peluang untuk melakukan perbaikan kesalahan semula dengan melucutkan hukuman atasnya.

Menurut cadangan pegawai hukuman sosial dan perkhidmatan kebajikan awam di kementerian wakaf Jordan, dia dikehendaki membaca Al-Quran dan menghafal sekadar kemampuannya.
4136615

captcha