IQNA

Bacaan Qari Republik Islam Iran di peringkat akhir pertandingan “Wewangian Kalam Tuhan” dan reaksi juri + Video

6:14 - April 10, 2023
Berita ID: 3102406
TEHRAN (IQNA) - Yunus Shahmoradi (یونس شاهمرادی) qari RII (Republik Islam Iran) yang terkenal, menerima undian positif juri dan tepukan gemuruh jawatankuasa dengan mempersembahkan bacaan yang layak di peringkat akhir pertandingan Al-Quran dan azan antarabangsa "Attar al-Kalam" - «عطر الکلام» - “Wewangian Kalam Tuhan” di Arab Saudi. Dalam dua video berasingan, anda boleh melihat bacaan qari muda ini dan reaksi AJK penilai terhadap persembahan ini iaitu bacaan 5 ayat pertama Surah Al-Fath.

Laporan IQNA; Yunus Shahmoradi, qari RII yang menyertai pusingan kedua pertandingan Al-Quran antarabangsa Saudi yang dikenali sebagai "Attar al-Kalam", telah mengalahkan pesaingnya yang lain dengan mempersembahkan bacaan yang indah dan berkesan pada peringkat akhir dan memenangi tempat pertama dalam pertandingan ini.

Video bacaan Yunus Shahmoradi di peringkat akhir pertandingan Al-Quran – “Attar al-Kalam”:

 

 

 

Berikut adalah ayat-ayat yang dibacakan oleh Yunus Shahmoradi pada peringkat akhir pertandingan al-Quran antarabangsa kedua "Attar al-Kalam" di Arab Saudi;

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا ۱

"Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata".

لِيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا ۲

"Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya)".

وَيَنْصُرَكَ اللَّهُ نَصْرًا عَزِيزًا ۳

"Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya)".

هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَعَ إِيمَانِهِمْ وَلِلَّهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا ۴

"(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

لِيُدْخِلَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَيُكَفِّرَ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَكَانَ ذَلِكَ عِنْدَ اللَّهِ فَوْزًا عَظِيمًا ۵

"(Allah melakukan yang demikian) supaya ia memasukkan orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan - ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka; dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar (untuk mereka)". (Qs, Al-Fat-h 48:1 - 5).

4132262

captcha