IQNA

Menyucikan dosa pada hari kedua puluh tiga Ramadhan

16:15 - April 12, 2023
Berita ID: 3102431
TEHRAN (IQNA) - Jika kita ingin menggunakan puasa Ramadhan untuk mendapat kemanfaatan yang semestinya, keadaan yang paling utama dan penting untuk kita capai adalah mesti bersih dari dosa, oleh itu untuk capai keadaan ini tentu kena tahu dosa-dosa dan minta pertolongan dari Allah untuk dibersihkan darinya.

Seseorang tidak boleh dibebaskan daripada dosa melainkan dia mengaku dosanya, dan hanya seorang yang mengaku dosanya yang mengetahui kebenaran dosa dan jenisnya dan menyedari bahagian mana dari tindakannya yang betul dan bahagian mana yang salah.
Mencapai ilmu ini membantu seseorang untuk membersihkan dirinya daripada dosa.

Pada hari kedua puluh tiga bulan Ramadhan yang mulia, anda boleh meminta kepada Tuhan:

بسم الله الرحمن الرحیم؛ اللّهمّ اغسِلْنی فیهِ من الذُّنوبِ وطَهِّرْنی فیهِ من العُیوبِ وامْتَحِنْ قَلْبی فیهِ بِتَقْوَی القُلوبِ یا مُقیلَ عَثَراتِ المُذْنِبین

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang; Ya Allah, basuhlah aku dari dosa-dosaku dan sucikanlah aku dari cacat-cela aibku di dalamnya, dan ujilah hatiku tentang ketaqwaan hati, wahai yang maha menghapus pengaruh orang-orang yang berdosa".

Pesanan-pesanan doa hari ke-23 Ramadhan:

Pesanan pertama : Mengakui dosa;
Keburukan dan dosa yang datang dari manusia menciptakan kegelapan dalam jiwa manusia, kerana kewujudan manusia kekal seperti kain lembut dan putih, yang menjadi gelap an keras jika terkena debu dan kotoran, dan jika titik hitam pertama yang duduk di atas kain, tidak dicuci, kegelapan akan menembusi kain dan kehitaman ini akan meningkat secara beransur-ansur dan menjadi tebal dan keras.

Manusia hendaklah mengaku dosanya di hadapan Tuhan Yang Maha Esa dan menarik cinta-Nya dengan mempersembahkan doa dan pengakuan kepada Yang Maha Esa, agar dosa-dosanya dapat dihapuskan.

Pesanan kedua: Menjalani penyucian dosa - aib (membasuh dosa dan kecacatan)
Kecacatan dalaman yang kadangkala terserlah dalam perbuatan dan tingkah laku kita adalah sifat buruk akhlak yang berakar umbi dalam diri seseorang dan harus dibersihkan daripadanya, agar hati dan jiwa, dan anggotanya, berkhidmat dengan satu suara.

Beberapa langkah membasuh dosa
1. Pengakuan dosa di hadapan Tuhan
2. Taubat dan memohon pengampunan yang sebenar-benarnya.

Imam Ali (as) berkata yang bermaksud: Taubat dinyatakan dalam enam makna:
Pertama: Penyesalan terhadap dosa yang pernah dibuat.
Kedua: Keputusan atau berazam untuk tidak mengulangi dosa selama-lamanya.
Ketiga: Membayar atau mengembalikan hak orang yang pernah diambil atau dirosakkan, sehingga berjumpa dengan Allah tidak bersama tuntutan hak mereka.
Keempat: Menunaikan perkara fardhu atau kewajipan yang belum ditunaikan dengan sebaiknya.
Kelima: Mencairkan daging yang tumbuh di badan dari makanan yang haram (dengan kesedihan dan penyesalan yang mendalam).
Keenam: Merasai penderitaan dan kepayahan beribadat bagi badan sebagaimana badan telah merasai nikmat dosa. Selepas semua langkah ini, anda boleh menyebut «استغفرالله» "Astagfirullah".

3. Menunaikan solat fardhu: Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: Solat wajib lima waktu diumpamakan seperti aliran air yang di dalamnya seseorang membasuh dirinya lima kali sehari, tentu tidak akan berbaki kotoran dari badan dan rohnya.

4. Menambah ibadat dengan Solat malam
5. Membaca Al-Quran
6. Zikir: mengingati Allah dengan sifat-sifatNya yang agung
7. Mengerjakan ibadat Haji dan Umrah: Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: Haji (wajib) mendapat ganjaran syurga dan umrah adalah penebus dosa.

8. Kerap berselawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya SAW
9. Berbudi pekerti mulia: Imam Sadiq (as) berkata, yang bermaksud: "Akhlak yang baik menghancurkan dosa seperti panasnya matahari menguapkan cecairan".

10. Memperpanjang atau banyak sujud: Seseorang datang kepada Rasulullah SAW dan berkata bahawa dosaku telah bertambah, Nabi bersabda, yang bermaksud: Banyakkan sujud, kerana banyak sujud itu menghapuskan dosa seperti angin menghembuskan daun-daun dari atas tanah.

11. Sedekah: Imam Ali (as) berkata yang bermaksud: "Penebus dosa besar dan banyak ialah menolong jeritan orang miskin."

Pesanan ketiga: Memohon Allah menerima taubat
Dosa-dosa besar dan kecil, kadang-kadang kerana kesilapan dan keburukan yang datang dari kita, yang sebenarnya adalah kerana kawalan syaitan ke atas kita. Kita memohon kepada Allah agar menerima permohonan maaf kita dan mengampuni kesalahan kita, dan kita mesti yakin bahawa Allah maha menerima taubat. Allah berfirman dalam Surah At-Taubah:

أَلَمْ یعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ هُوَ یقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِه

“Tidakkah mereka mengetahui bahawa hanya Allah sahaja yang menerima taubat dari hamba-hambaNya?" (Qs, at-Taubah: 104).

*Diambil dari kitab; "Bisikan Orang Berpuasa - «نجوای روزه‌داران» -" Najwoi ruzedoron, berbahasa Farsi - karangan Hujjatul Islam Ruhullah Bidrom (روح‌ الله بیدرام).

captcha