Pada hari kelapan bulan Ramadhan, kita memohon kepada Allah:
اللهمَّ ارزُقنی فیهِ رَحمَةَ الایتامِ، وَ اِطعامَ الطَعامِ، و اِفشاءَ السَّلامِ، وَ صُحبَةَ الکِرامِ، بِطَولِکَ یا مَلجَاَ الامِلین
“Ya Allah, Tuhanku! kurniakanlah kepada kami pada bulan ini, belas kasih kepada anak-anak yatim; memberi mereka makan, dan menyebarluaskan salam kedamaian, dan kemesraan dengan orang-orang yang dermawan yang berhormat, dengan rahmat-Mu duhai dtempat perlindungan orang-orang yang mencari perlinungan".
Pesanan pertama: Ihsan kepada anak yatim
Perkataan yatim dan derivatif - kata jadiannya, terdapat sebanyak 23 kali disebut dalam ayat-ayat Al-Quran. Nabi Islam (SAW) bersabda tentang kepentingan menjaga anak yatim, yang bermaksud; "Sebaik-baik rumah kamu ialah rumah di mana anak yatim disayangi."
Dalam ayat dan hadis Islam, ada tiga perkara penting dan asas tentang anak yatim, iaitu:
1. Menjaga anak yatim.
2. Cara merawat anak yatim.
3. Menjaga harta anak yatim.
Pesanan kedua: Memberi makanan
Budaya berkhidmat dan memberi makan kepada manusia merupakan salah satu tradisi Islam yang baik, yang mempunyai adat istiadat tersendiri dalam masyarakat kita muslimin.
Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: "Ada lima perkara yang jika seseorang melakukan salah satu daripadanya, dia akan masuk syurga:
1. Memberi minum orang yang dahaga.
2. Memberi makan orang yang lapar.
3. Menutup badan orang yang bogel.
4. Manaikan kendaraan orang yang jalan kaki
5. Memerdekakan hamba yang dalam kesusahan di jalan Allah."
Pesanan ketiga: Memberi salam secara terbuka - menyebarluaskan salam; ucapan salam terbuka bukan bermaksud memberi salam dengan lantang, tetapi bermakna seseorang itu memberi salam - penyata kedamaian dan tidak adanya permusuhan antara masyarakat - memberi salam kepada setiap orang yang ditemuinya.
Hazrat Imam Sadiq (as) berkata dalam sebuah riwayat yang bermaksud: Penzahiran salam ialah seseorang itu tidak boleh kedekut memberi salam kepada setiap Muslim yang ditemuinya.
Rasulullah SAW bersabda:
لا یستَکمِلُ عَبدٌ الایمانِ حَتّی یَکوُنَ فیهِ ثَلاثُ خُصالٍ: الاِنفَاقُ مِنَ الاِقتَارِ وَالاِنصَافُ مِن نَفسِکَ وَبَذلُ السَّلَامِ لِجَمِیعِ العَالَم
"Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga dia mempunyai tiga ciri:
1. Berbelanja di jalan Allah walaupun dalam kemiskinan
2. Adil tentang dirinya.
3. Memberi salam kepada semua orang."
Pesanan keempat: berkawan dengan orang-orang dermawan; Kebahagiaan dunia dan akhirat bergantung kepada orang yang beriman, berakhlak mulia, komited, bertaqwa, jujur dan dermawan.
Kawan kedekut - bakhil menimbulkan masalah kepada manusia baik di dunia mahupun di akhirat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik perbuatan adalah bergaul dengan orang-orang yang baik dan seburuk-buruk perbuatan adalah bersekutu dengan orang yang buruk - jahat."
Hazrat Ali (as) berkata yang bermaksud:
"Buah kebijaksanaan adalah pergaulan dengan orang yang baik." - dan pada riwayat lain; "Pergaulan dengan orang jahat menyebabkan orang bersangka buruk kepada orang yang baik."
* Diambil dari kitab; "Bisikan Orang Berpuasa - «نجوای روزهداران» -" Najwoi ruzedoron, berbahasa Farsi - karangan Hujjatul Islam Ruhullah Bidrom (روح الله بیدرام) dalam tafsiran doa hari kelapan bulan Ramadhan.
3966146