
Al-Quran berkata:
قُلْ مَا يَعْبَؤُا۟ بِكُمْ رَبِّى لَوْلَا دُعَآؤُكُمْ ۖ فَقَدْ كَذَّبْتُمْ فَسَوْفَ يَكُونُ لِزَامًۢا
"Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): "Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu". (Qs, Al-Furqaan 25:77).
Doa adalah nilai kemanusiaan dari sudut wahyu Ilahi dalam ungkapan Al-Quran, dan Allah tidak memandang kepada orang yang tidak dikurniakan permata ini.
Doa merupakan keperluan umum bagi semua manusia kerana kemudahan material tidak mampu memenuhi keperluan manusia.
Setiap orang mempunyai banyak impian dalam hidup, tetapi gagal untuk mencapainya. Tuhan adalah satu-satunya tempat perlindungan yang memberi ketenangan kepada manusia di kala kegagalan dan Tuhan pasti tidak akan pernah mengecewakannya.
Doa adalah pemeliharaan kehormatan. Allah tidak mengizinkan seseorang membuka hatinya kepada sesiapa dan menceritakan kesalahannya di hadapan orang lain, tetapi kadangkala apabila manusia ditimpa kesakitan yang membuatkan seseorang itu kehilangan tumpuan, namun jika masih ada jalan untuk menjadi pasak kekuatan; seseorang itu boleh bertaubat di hadapan Tuhan dan memberitahu Tuhan tentang masalah yang mengganggunya.
Dalam doa, manusia menyatakan kepada Tuhan masalah yang tidak boleh diketahui oleh sebarang orang. Dalam psikologi, mengosongkan kesedihan melalui mengungkapkan kepada orang yang boleh dipercayai adalah satu jalan mencapai ketenangan jiwa,, tetapi Tuhan adalah yang paling baik untuk dipilih sebagai tumpuan menceritakan segala isi hati yang dijamin menjaga rahasia, yang tidak boleh orang lain tahu, dan yang pastimemberikan ketenangan batin, dan bagi setiap orang sakit mental perlu mengosongkan sakitnya dengan Doa dan mengungkapkanya pada yang dipercayai, mengikut masalahnya supaya dia boleh bernafas lega.
Dalam doa, seseorang menceritakan apa yang tidak terkata kepada orang lain dan dikosongkan. Oleh sebab itu, Mafatih al-Jinan mempunyai tempat tersendiri dan ia merupakan rumusan doa dan ziarah para pembesar Islam Ahlul-Bayt baginda Rasulullah (SAW) yang bekerja dalam bidang ini dengan pemikiran yang mendalam dan mengumpul khazanah ini.
Inilah sebabnya mengapa kitab kumpulan doa Mafatih al-Jinan, mempunyai kedudukan penting di kalangan muslimin pengikut mazhab Islam Ahlul-bayt (as), kerana kitab ini menghubungkan manusia dengan Tuhan, menghubungkannya dengan Nabi (SAW), dan menghubungkannya dengan mazhab etika para maksumin sebagai pecontoh yang bertauliah dari Tuhan sendiri.
Doa memberi orang idea dan keinginan dan memperkenalkan mereka kepada tahap kemanusiaan yang lebih tinggi dan menggabungkannya dengan apa yang diingini oleh hamba yang berdoa.
* Petikan ucapan Kazem Siddiqi (کاظم صدیقی) pada persidangan 100 tahun penyusun kitab Mafatih al-Jinan - Tsiqatul Muhadditsiin marhum haji Syeikh Abbas Qomi Allahyarhamhu (شیخ عباس قمی).