IQNA

Percontohan yang indah menentang kebencian

18:40 - July 16, 2023
Berita ID: 3102870
TEHRAN (IQNA) - Malangnya, proses mendefinisikan agama dan memperkenalkannya dalam masyarakat sebagai ummah kadangkala telah dilakukan sedemikian rupa buruk sehingga mengabaikan rasa keindahan fitrah Agama yang ada dalam diri manusia.

Ahmad Mubalighi (احمد مبلغی); Seorang ahli Majlis Pakar Kepimpinan (اهل مجلس خبرگان رهبری) menulis dalam nota yang diberikannya kepada IQNA;

Apabila Al-Quran memperkenalkan Nabi (SAW) sebagai model - suritauladan yang baik, tujuannya adalah untuk memperkenalkan Nabi (SAW) sebagai model kehidupan bagi individu manusia dan masyarakat manusia, dan apabila Al-Quran menggunakan perkataan "baik":

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ 
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik". (Qs, Al-Ahzaab 33:21).

Ayat ini menyatakan gambaran tentang model ini, boleh bererti tujuan Tuhan mengatakan kaedah model ini selaras dengan kecantikan (iaitu kecantikan yang diingini oleh fitrah manusia).

Malangnya, proses mendefinisikan agama dan memperkenalkannya dalam masyarakat sebagai ummah telah dilakukan dengan cara yang mengabaikan rasa keindahan fitrah agama dalam diri manusia. 

Masalah ini kadang-kadang membawa kepada idea bahawa apa-apa perhiasan yang ada, ia tidak mempunyai kebenaran agama, dan apa sahaja kebenaran agama yang ada di dalamnya, keindahan itu jauh daripadanya, sedangkan Al-Quran berkata:

قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِینَةَ اللَّهِ الَّتِی أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ
"Siapakah yang mengharamkan perhiasan dan rezeki yang baik yang Dia ciptakan untuk hamba-hamba-Nya?" (Qs, Al-A'raf: 32).

Melihat kepada apa yang diperkatakan, dua kesimpulan yang boleh dibuat: 
Pertama, agama tidak mengabaikan aspek kecantikan manusia, yang bermaksud ia mengambil kira kepentingan berhias dan yang berhubungan dengannya. 
Kedua, agama bukan sahaja memberikan umat Islam model, tetapi ciri utama model ini ialah dari sudut kecantikan, keindahan dan kesempurnaannya juga telah dikira; Kecantikan yang bersumberkan fitrah manusia sempurna.

Daripada semua perkara indah yang terserlah dalam tingkah laku Nabi (SAW), kita boleh menyebut garis dan sifat baginda terhadap masyarakatnya. 

Beliau memberi perhatian untuk mencipta kebaikan, ketulusan, kelembutan dan kasih sayang dan keperihatinan di antara hati manusia sekeliling beliau (SAW), beliau beruseha menjauhkan daripada mencipta reaksi yang bertentangan, kebencian dan kemunafikan di antara hati mereka, beliau mengajak kepada persaudaraan Islam bukannya perbezaan sosial, dan kepada etika sosial, menjaukan daripada keganasan dan konflik sosial, mendekatkan kepada perpaduan ummah bukannya sektarianisme, dan menetapkan hukum haram menumpahkan  darah manusia (pembunuhan) bukannya membenarkannya, dan meluaskan keselamatan dan keamanan dalam masyarakat bukannya menimbulkan ketakutan di dalamnya, dan...

Banyak kumpulan dan arus dalam dunia Islam tidak menunjukkan agama dengan cara yang indah dalam tingkah laku, akhlak dan sikap  mereka, oleh sebab itu, golongan ini telah menimbulkan masalah kepahitan dan keganasan dalam kehidupan orang lain dan bahkan  menjauhkan manusia dari agama. 

captcha