IQNA

Perhatian khusus Al-Quran kepada sejarah Kaabah dan upacara Haji

15:27 - July 17, 2023
Berita ID: 3102877
TEHRAN (IQNA) - Terdapat ayat-ayat dalam Surah Al-Baqarah yang menggambarkan kisah pemulihan Kaabah oleh tangan Nabi Ibrahim dan Ismail (as), dan boleh dikatakan fokus utama ayat tersebut adalah, pertama, anjuran berkaitan haji dan kedua, sejarah Kaabah.

Haji adalah upacara Ibrahimi dan salah satu upacara yang wujud sebelum kehadiran Khatamul Anbiya, Penyempurna dakwah Agama Islam (SAW), tetapi sedikit demi sedikit di bawah pengaruh penyembah berhala, anomali tercipta malah beberapa ayat Al-Quran merekord kelakuan orang-orang jahiliah; ialah beberapa orang bersiul dan bertepuk tangan di sekeliling Kaabah dan tawaf bertelanjang;

وَمَا كَانَ صَلَاتُهُمْ عِندَ ٱلْبَيْتِ إِلَّا مُكَآءًۭ وَتَصْدِيَةًۭ ۚ فَذُوقُوا۟ ٱلْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ تَكْفُرُونَ ٣٥
"Dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan. Oleh itu rasalah kamu (wahai orang kafir) akan azab seksa dengan sebab kekufuran kamu".
(Qs, Al-Anfaal 8:35).

Tetapi dengan dakwah Islam Nabi Muhammad (SAW) kelakuan jahiliah ini ditinggalkan dan haji rasmi Islam pertama diadakan pada tahun ke-9 Hijriah, Nabi (SAW) memberikan Amir Al-Mukminin Imam Ali (as) untuk membacakan pernyataan pemutusan hubungan terhadap orang musyrik dengan segala budaya jahiliah mereka.
  
Pada tahun berikutnya, Nabi (SAW) menyelesaikan haji; Namun, haji yang dilakukan oleh Nabi adalah Haji Qiran (حج قِران : Haji penduduk Mekah dan mereka yang tempat tinggalnya kurang daripada 48 batu (kira-kira 88 kilometer dari Mekah) dan kewajipan orang yang tidak berada dekat Mekah ialah Haji Tamattu. Seandainya ada sesuatu yang terlupa untuk difahami oleh umat Islam, Amir Al-Mukminin (as) akan menjelaskannya, kerana Al-Imam Ali  (as)  juga pergi haji selepas Nabi (SAW).

Oleh itu, fokus utama ayat-ayat tersebut adalah; 
Pertama sekali, ayat-ayat hukum yang berkaitan dengan haji, misalnya dalam ayat 29 Surah Haji dinyatakan: 

ثُمَّ لْيَقْضُوا تَفَثَهُمْ وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيقِ
"Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu".
(Qs, Al-Hajj 22:29).

Kedua ialah catatan sejarah Kaabah yang suci, sebagai contoh, dalam ayat 200 hingga 202 Surah al-Baqarah:

فَإِذَا قَضَيْتُم مَّنَـٰسِكَكُمْ فَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ كَذِكْرِكُمْ ءَابَآءَكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْرًۭا ۗ فَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنْيَا وَمَا لَهُۥ فِى ٱلْـَٔاخِرَةِ مِنْ خَلَـٰقٍۢ ٢٠٠
"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat". (Qs, Al-Baqarah 2:200). 

Disebutkan bahawa jika manusia datang ke Makkah dan melakukan amalan tertentu, sebahagian mereka hanya memikirkan dunianya sendiri. Oleh itu, mereka tidak akan mendapat apa-apa bekalan pahlah untuk akhirat.

Tetapi ada golongan lain yang tidak melakukan kesilapan ini, dan orang-orang ini mengambil perhatian bahawa haji adalah tempat di mana seseorang menginginkan kebaikan dunia dan akhirat dengan teratur agar terpelihara dari azab api neraka.

وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنْيَا حَسَنَةًۭ وَفِى ٱلْـَٔاخِرَةِ حَسَنَةًۭ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ ٢٠١ أُو۟لَـٰٓئِكَ لَهُمْ نَصِيبٌۭ مِّمَّا كَسَبُوا۟ ۚ وَٱللَّهُ سَرِيعُ ٱلْحِسَابِ ٢٠٢
"Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka" - "Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya". (Qs, Al-Baqarah 2: 201 - 202).

Kini timbul persoalan, apakah sebab Al-Quran menitikberatkan sejarah haji dan periwayatan yang tepat tentang kisah Hazrat Ibrahim (as)? 

Perkara penting ialah keagungan Baitullah al-Haram (Kaabah), yang menerangi peranan Nabi Ibrahim (as) dan menunjukkan kepada kita bagaimana nabi ilahi ini tunduk kepada perintah Tuhan dan ditugaskan untuk menyembelih anaknya itu. 

Jika Al-Quran menerangkan sejarah haji dan mengatakan bahawa kami telah menguji Ibrahim (as); Ini menunjukkan hebatnya kedudukan Ibrahim. Oleh itu, sebaik-baik tempat solat di Mekah adalah di belakang kedudukan - maqam Ibrahim, dan ini adalah kerana usaha yang dilakukannya dalam perjalanan menuju pemukiman rumah ini, dan dia mengorbankan dirinya, isteri, dan anak-anaknya, yang telah direkam oleh Al-Quran semasa beliau (as)  berkata;

"Ya Allah, aku telah mengorbankan isteri dan anak-anakku untuk menunaikan solat dan memakmurkan rumah suci kaabah-Mu, dan Aku meletakkan mereka di atas tanah yang tidak bercucuk tanam".

Keikhlasan dan pengabdian Hazrat Ibrahim (as) dan keluarganya sangat besar sehingga ibadah kita berdasarkan tingkah laku mereka. 

Salah satu resam ibadah Haji adalah Sa'i Safa ke Marwah (berjalan tujuh kali antara dua gunung Safa dan Marwah) adalah kerana pekerjaan Hajar (ibu Ismail) di mana dia datang dari Safa ke Marwah tujuh kali, dengan berlari-lari kecil menyangka ada air.

Terdapat banyak hikmah, bahkan manfaat material dalam haji. Dalam Surah Haji ditegaskan bahawa anda harus pergi haji supaya ia memberi manfaat kepada anda. Malangnya, sebilangan orang yang mempunyai maklumat yang tidak lengkap mengumumkan di alam maya bahawa seseorang itu membelanjakan perbelanjaan hajinya dengan cara ini dan itu, sedangkan perkara itu tidak dianjurkan, tetapi Allah Taala berfirman: 

فِيهِ ءَايَـٰتٌۢ بَيِّنَـٰتٌۭ مَّقَامُ إِبْرَٰهِيمَ ۖ وَمَن دَخَلَهُۥ كَانَ ءَامِنًۭا ۗ وَلِلَّهِ عَلَى ٱلنَّاسِ حِجُّ ٱلْبَيْتِ مَنِ ٱسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًۭا ۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ عَنِ ٱلْعَـٰلَمِينَ ٩٧
“Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk". (Qs, A-li'Imraan 3:97).

*Petikan daripada wawancara IQNA dengan Hujjatul-Islam wal-Muslimin Hussein Mahdawi Damghani (حجت‌الاسلام والمسلمین حسین مهدوی دامغانی) tentang kedudukan haji dalam Al-Quran.

 

captcha