IQNA

Permulaan Ibadah Berjalan Kaki Arbain dari Titik Terpencil Iraq

15:31 - July 14, 2025
Berita ID: 3106712
IQNA - Perarakan pejalan kaki Arbain Imam Hussain (a.s) «اربعین حسینی ۱۴۴۷ هجری» bagi tahun 1447 Hijrah telah bermula dari kawasan Ras al-Bisheh «رأس البیشه» di wilayah Faw «فاو», iaitu kawasan paling selatan dan terpencil di Iraq menuju ke Karbala.

Laporan IQNA, memetik Middle East New; Para jemaah Arbain memulakan perjalanan spiritual mereka di bawah terik matahari dan cuaca yang sangat panas, menuju ke kota suci Karbala — qiblat para pencinta kebebasan.

Suhu di kawasan ini kini melebihi 50 darjah Celsius, manakala jarak dari Ras al-Bisheh ke Karbala adalah lebih 600 kilometer. Namun, para pencinta Ahlul Bait tetap melangkah dengan penuh tekad dan kecintaan.

Pelbagai maukib (pos khidmat dan jamuan) telah bersiap sedia di sepanjang laluan untuk memberikan pelbagai bentuk bantuan dan perkhidmatan percuma kepada para peziarah — termasuk makanan, minuman, tempat rehat, perubatan, dan banyak lagi.

Arbain merupakan salah satu acara keagamaan terpenting bagi mazhab Islam Syiah, di mana jutaan umat Islam dari pelbagai negara melakukan perjalanan dengan berjalan kaki ke Karbala sebagai lambang kesetiaan dan cinta kepada Imam Hussain bin Ali (a.s) — Arbain Hussaini sudah jadi simbol muqawamah kolektif para pecintanya.

Permulaan Ibadah Berjalan Kaki Arbain dari Titik Terpencil Iraq

Permulaan Ibadah Berjalan Kaki Arbain dari Titik Terpencil Iraq

4294252

tanda nama: Arbain Husaini
captcha