Perbincangan ini adalah tentang implikasi dan aspek politik ayat-ayat Al-Quran yang disedari oleh Imam Hussain (as). Sudah tentu, terdapat banyak ayat yang berbicara aspek ini dan kami tidak berhasrat untuk menyebut kesemuanya dalam kesempatan ini:
1. Ketika berhadapan dengan Marwan; gabenor Madinah meminta Imam Hussain (as) berbaiah kepada Yazid atas perintah Yazid, ayat;
ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتْهُم مُّصِيبَةٌۭ قَالُوٓا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ ١٥٦
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Qs, Al-Baqarah 2:156).
Imam Hussain (as) menyambung: "Fatihah Islam" (istilah bacaan surah Al-fatihah atas kematian) telah dibaca dengan kedatangan seseorang seperti Yazid, dan jika kerajaan ini berterusan, Islam akan hancur dan mati." Kemudian beliau (as), membaca ayat:
إِنَّما يُريدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَ يُطَهِّرَكُمْ تَطْهيرا
"Sesungguhnya Allah hanya hendak menghilangkan kotoran dan dosa (perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu) - wahai "Ahlulbait" dan hendak mensucikan kamu sesuci-sucinya". (Qs, Al-Ahzaab 33:33).
Baginda Hussain (as) bersabda bahawa kami adalah keluarga «أَهْلَ الْبَيْتِ» yang suci dan tidak boleh berbaiat dengan seseorang seperti Yazid.
2. Ketika memasuki Makkah:
Apabila Imam (as) memasuki Makkah, beliau juga membaca ayat 22 dari Surah Al-Qasas, yang berkaitan dengan kemasukan nabi Musa (as) ke Madinah:
وَلَمَّا تَوَجَّهَ تِلْقَآءَ مَدْيَنَ قَالَ عَسَىٰ رَبِّىٓ أَن يَهْدِيَنِى سَوَآءَ ٱلسَّبِيلِ ٢٢
“Dan setelah ia (meninggalkan Mesir dalam perjalanan) menuju ke negeri Madyan, berdoalah ia dengan berkata: "Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan yang benar kepadaku,". (Qs, Al-Qasas 28:22).
3. Ketika meninggalkan Makkah: Imam Hussain (as) membaca ayat 21 Surah Al-Qasas:
فَخَرَجَ مِنْهَا خَآئِفًۭا يَتَرَقَّبُ ۖ قَالَ رَبِّ نَجِّنِى مِنَ ٱلْقَوْمِ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٢١
"Musa pun keluarlah dari negeri itu dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya) serta berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim".
(Qs, Al-Qasas 28:21).
Di sini, dengan membaca ayat ini, Imam (as) mensimulasikan situasi di mana beliau (as) berada dalam situasi Musa (as) berada.
4. Apabila mengetahui tentang kesyahidan Muslim Ibnu Aqil:
Imam Hussain (as) membaca ayat 23 surah Al-Ahzab:
مِّنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌۭ صَدَقُوا۟ مَا عَـٰهَدُوا۟ ٱللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُۥ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا۟ تَبْدِيلًۭا ٢٣
"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun". (Qs, Al-Ahzaab 33:23).
5. Apabila mendengar tawaran Hur:
Ubaidullah bin Hur Ja'afi (عبید الله بن حر جعفی ) tidak menerima pelawaan Imam dan berkata, "Saya tidak akan datang sendiri, tetapi saya bersedia membantu kamu." Ketika ini, Imam (as) membacakan ayat ini:
وَمَا كُنتُ مُتَّخِذَ ٱلْمُضِلِّينَ عَضُدًۭا ٥١
"Di jalan tauhid, kami tidak menerima pertolongan dari orang-orang yang sesat". (Qs, Al-Kahfi 18:51)
6. Ketika berhadapan dengan Ibnu Abbas:
Ibn Abbas adalah salah seorang yang cuba menghalang Imam Hussain (as) daripada bangkit melawan kuasa zalim Yazid bin Muawiyah. Perbualan berlaku antara Imam (as) dan Ibn Abbas tentang Bani Umayyah, dan Imam membacakan ayat 54 surah At-Taubat, yang menggambarkan keadaan orang-orang munafik.
وَمَا مَنَعَهُمْ أَن تُقْبَلَ مِنْهُمْ نَفَقَـٰتُهُمْ إِلَّآ أَنَّهُمْ كَفَرُوا۟ بِٱللَّهِ وَبِرَسُولِهِۦ وَلَا يَأْتُونَ ٱلصَّلَوٰةَ إِلَّا وَهُمْ كُسَالَىٰ وَلَا يُنفِقُونَ إِلَّا وَهُمْ كَـٰرِهُونَ ٥٤
"Dan tidak ada yang menghalangi mereka, untuk diterima derma-derma mereka melainkan kerana mereka kufur kepada Allah dan RasulNya, dan (kerana) mereka tidak mengerjakan sembahyang melainkan dengan keadaan malas dan mereka pula tidak mendermakan hartanya melainkan dengan perasaan benci". (Qs, At-Taubah 9:54).
Ayat tersebut membicarakan tentang orang Islam yang bersedekah, tetapi sedekahnya tidak diterima oleh Allah kerana mereka kufur kepada Allah dan Rasul (SAW), kemudian dikatakan bahawa mereka juga solat, tetapi solat mereka dalam kaadan malas dan benci.
7. Apabila air dihalang ke atas pasukan Imam Hussain (as):
Apabila Hur ingin menutup air ke atas Imam (as) pada masa itu Imam Hussain (as) membaca ayat:
وَجَعَلْنَـٰهُمْ أَئِمَّةًۭ يَدْعُونَ إِلَى ٱلنَّارِ ۖ وَيَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ لَا يُنصَرُونَ ٤١
“Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua (dalam kesesatan) yang mengajak ke neraka (dengan kekufurannya), dan pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan". (Qs, Al-Qasas 28:41).
Hur dan tenteranya sepatutnya memahami ayat ini bahawa Imam (as) mengatakan bahawa Ibn Ziyad dan Yazid dan semua spektrum yang bertentangan dengan Imam maksum (as) adalah mereka yang mengajak manusia ke api neraka dan Imam Hussain (as) sebagai imam maksum pada zaman itu mengajak manusia kepada cahaya syurga.
*Petikan daripada ucapan Najaf Lakzaei (نجف لکزایی) pada mesyuarat "Analisis pendekatan Al-Quran Imam Hussein (as) dalam Kebangkitan".