IQNA

Konsep etika dalam Al-Quran / 15

Ketenangan; Destinasi jalan Amanah

9:29 - July 24, 2023
Berita ID: 3102907
TEHRAN (IQNA) - Salah satu faktor untuk mencapai ketenangan dan ketenteraman masyarakat ialah dengan mengembangkan ciri-ciri amanah. Cerminan sifat ini dalam Al-Quran dan orang-orang yang digambarkan dengan sifat ini adalah menarik untuk dipelajari.

Sikap amanah adalah salah satu ciri akhlak yang membawa kepada kemunculan masyarakat yang sihat dan aman. Amanah bermaksud seseorang itu mempunyai keadaan dalam dirinya yang menghalangnya daripada mensia-siakan hak orang lain, juga wang yang diamanahkan kepada orang lain dipanggil bendah amanah. Pemegang amanah ialah orang yang boleh dipercayai akan menjaga amanah yang diamanahkan kepadanya.

Amanah adalah salah satu ciri akhlak yang diperkatakan oleh Al-Quran dan dalam pelbagai ayat ia diperkenalkan sebagai salah satu sifat orang beriman:

وَٱلَّذِينَ هُمْ لِأَمَـٰنَـٰتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَٰعُونَ ٨
 "Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya". (Qs, Al-Mu'minuun 23:8).

وَٱلَّذِينَ فِىٓ أَمْوَٰلِهِمْ حَقٌّۭ مَّعْلُومٌۭ ٢٤
"Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum". (Qs, Al-Ma'aarij 70:24).

Sikap mengkhianati amanah adalah tercela dalam Al-Quran:

يا ايُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاتَخُونُوا اللَّهَ وَ الرَّسُولَ وَ تَخُونُوا اماناتِكُمْ وَ انْتُمْ تَعْلَمُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)".
(Qs, Al-Anfaal 8:27).

Kepentingan amanah sebagai salah satu ciri akhlak ditentukan apabila 6 orang nabi yang riwayat hidupnya secara ringkas atau panjang disebut dalam Al-Quran semuanya disifatkan sebagai yang beramanah: 

- Hazrat Nuh  (as):

إِنِّى لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌۭ ١٠٧
"Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu". (Qs, Asy-Syu'araa' 26:107).

- Hazrat Hud (as):

إِنِّى لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌۭ ١٢٥
"Sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu". (Qs, Asy-Syu'araa' 26:125).

- Hazrat Saleh (as): (Qs, Asy-Syu'araa' 26:143).
- Hazrat Luth (as): (Qs, Asy-Syu'araa' 26:162) 
- Hazrat Syuaib (as) : (Qs, Asy-Syu'araa' 26: 175).
- Hazrat Musa (as) : (Qs,  Ad-Dukhan: ayat : 18).

Dengan sifat ini, para Nabi Allah selalu berkata kepada manusia: 

انِّى لَكُمْ رَسُولٌ امِينٌ 
"Saya adalah seorang rasul yang Amanah yang diutus Tuhan untuk kalian"

Imam Sajjad (as), putra kepada Imam Hussain (as) berkata tentang kepentingan amanah, yang bermaksud: 

"Saya ingatkan kalian untuk menepati amanah yang telah dititipkan kepada kalian, aku bersumpah demi yang melantik Muhammad (SAW) sebagai nabiNya, sekiranya pembunuh bapaku Hussein (as) mempercayakan pedang yang digunakannya untuk membunuh ayahku kepadaku (dan aku menerima amanahnya), aku tidak akan mengkhianati amanah itu".

Amanah dibahagikan kepada 3 kategori:
1. Amanah Allah: Seseorang itu hendaklah menjalankan kewajipannya di hadapan Tuhan dan tidak melakukan dosa melalui tubuh yang dikurniakan Tuhan kepadanya.

2. Amanah rakyat: Amanah rakyat seperti deposit yang mereka ada antara satu sama lain atau janji-janji pemimpin terhadap yang dipimpin.

3. Amanah  diri: Amanah seseorang terhadap dirinya ialah memilih mana yang menjadi sumber kebaikan dalam agama dan dunianya, dan tidak menyerah kepada hawa nafsu, amarah, dan dosa yang menjadi sebab kebinasaan dirinya.

Apabila amanah menjadi asas perintah dalam masyarakat atau dalam keluarga, ia adalah sumber ketenangan fikiran dan jiwa, kerana jika ada kemungkinan pengkhianatan, orang sentiasa bimbang bahawa mereka akan dikhianati; harta, kehidupan, kehormatan, atau kedudukan mereka akan berada dalam bahaya, dan yang pasti, penerusan kehidupan sedemikian di mana orang takut satu sama lain adalah malang yang tidak menenteramkan dan boleh menyebabkan penyakit fizikal dan mental - jiwa.

captcha