Laporan IQNA, "The Spy" merupakan sebuah mini-siri drama dan perisikan yang diterbitkan oleh Netflix pada bulan September 2019. Siri ini diarahkan dan ditulis oleh Gideon Raff, berdasarkan kisah sebenar Eli Cohen, perisik terkenal Israel. Dalam siri ini, watak Eli Cohen dilakonkan oleh pelakon Sacha Baron Cohen.
Kisah ini berlatar pada dekad 1960-an, di mana Eli Cohen, seorang bekas kakitangan kerajaan Israel, menyusup masuk ke Syria sebagai ejen rahsia dengan identiti palsu "Kamel Amin Thaabet". Dia berjaya menyelinap ke kalangan elit politik dan tentera Syria serta mengumpul maklumat ketenteraan penting untuk Mossad. Siri ini menggambarkan usaha Cohen untuk mengekalkan identitinya serta tekanan psikologi yang dihadapinya sepanjang menjalankan misi sulit ini.
Salah satu kejayaan penting dia ialah ketika mengunjungi Bukit Golan dan berpura-pura menanam pokok untuk memberi teduhan kepada tentera Syria. Pokok-pokok tersebut kemudiannya dijadikan sasaran koordinat bagi tentera Israel dalam serangan mereka.
Eli Cohen akhirnya ditangkap, diadili oleh mahkamah tentera Syria, dan dijatuhi hukuman gantung kerana aktiviti perisikan. Beliau dihukum gantung pada 18 Mei 1965 di dataran awam Damsyik di hadapan khalayak ramai dan siaran langsungnya ditayangkan oleh televisyen Syria sebagai amaran kepada perisik asing.
Kejatuhan pemerintahan Bashar al-Assad pada Disember 2024 merupakan titik perubahan penting dalam perang saudara Syria, di mana kumpulan penentang seperti Hay’at Tahrir al-Sham «هیئت تحریر الشام»(جبهه النصره سابق) (bekas Jabhat al-Nusra) di bawah pimpinan Abu Muhammad al-Julani «أبو محمد الجولانی» memainkan peranan utama.
Selepas kejatuhan rejim Assad, Israel melancarkan serangan udara ke atas kemudahan tentera Syria, khususnya lokasi yang disyaki menyimpan senjata kimia, kononnya untuk menghalang kumpulan ekstremis mengakses senjata tersebut. Israel juga mengukuhkan kehadirannya di zon penampan Bukit Golan demi keselamatan sempadannya.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyatakan kegembiraannya terhadap kejatuhan rejim Assad dan menegaskan pentingnya untuk menghadapi sebarang ancaman pengganas dari sempadan selatan.
Di tahun 2025 ini, konflik tercetus di wilayah Suwayda «سویداء» di selatan Syria yang majoritinya dihuni masyarakat Druze «دروزی». Pertelingkahan bermula antara puak Druze dan suku Badwi Sunni «قبایل بدوی سنی», sebelum berkembang menjadi campur tangan tentera Syria dan campur tangan ketenteraan Israel.
Sebagai reaksi terhadap peristiwa ini, Israel melancarkan serangan udara berhampiran Istana Presiden Syria di Damsyik. Netanyahu mendakwa bahawa serangan tersebut bertujuan “memberi amaran kepada kerajaan Syria agar menghentikan serangan ke atas minoriti Druze” dan menegaskan bahawa Israel tidak akan membenarkan sebarang penempatan tentera di selatan Damsyik atau ancaman terhadap masyarakat Druze.
Israel kini dilihat cuba memperluas pengaruhnya di selatan Syria dengan berselindung di sebalik sokongan kepada komuniti Druze. Pemerhati politik menilai tindakan ini sebagai sebahagian daripada strategi perluasan kuasa geopolitik Israel dan usaha untuk menghalang pembentukan semula kerajaan Syria yang stabil.
Seiring dengan berlarutnya konflik, lebih daripada 21 organisasi Islam mengeluarkan kenyataan bersama mengecam keras pencerobohan terkini rejim Zionis ke atas wilayah Syria. Mereka menyeru kepada pengekalan perpaduan nasional dan meminta semua kumpulan politik, sosial dan agama Syria agar bersatu menghadapi ancaman dalaman dan luar – khususnya penjajahan rejim Israel.
4295260