IQNA

Rancangan Khas Ziarah Arbain di Iraq Kini Siap Sedia

8:40 - July 24, 2025
Berita ID: 3106762
IQNA - Abdul-Amir al-Shammari «عبدالامیر الشمری»; Menteri Dalam Negeri Iraq merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Ziarah Berskala Besar, mengumumkan kesediaan pelaksanaan rancangan khas bagi Ziarah Arbaeen Imam Hussain (a.s.).

Laporan IQNA, memetik Middle East News; Satu mesyuarat besar telah diadakan di Ibu Pejabat Pemerintahan Operasi Baghdad dengan kehadiran beberapa pegawai tertinggi keselamatan Iraq.

Mesyuarat ini bertujuan untuk meneliti pelaksanaan pelan penyusunan dan penyelarasan khas bagi Ziarah ArbaIn Imam Hussain (a.s.) «اربعین
حسینی».

Dalam mesyuarat tersebut, Menteri Dalam Negeri Iraq menegaskan keperluan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada para jemaah serta melaksanakan sistem pengurusan lalu lintas secara profesional dan memperkukuh kerjasama antara unit-unit keselamatan.

Beliau menyatakan bahawa pasukan keselamatan akan mula melaksanakan pelan ini sejak hari pertama bulan Safar «صفر».

Al-Shammari turut menekankan bahawa rancangan pengurusan Ziarah Arbain di Baghdad juga telah disediakan sepenuhnya.

Beliau turut memberi penekanan kepada penyelarasan kehadiran khemah-khemah Husaini (mawakib) «مواکب», larangan kenderaan memasuki laluan para jemaah, pencegahan kekacauan di kawasan pengangkutan awam, serta penyusunan lokasi-lokasi yang dikhaskan untuk pergerakan jemaah demi mengelakkan sebarang kemalangan jalan raya.

4295900

captcha