Salah satu kaedah yang boleh memberi impak pendidikan kepada khalayak ialah "doa". Dalam pengertian sebenar, doa bermaksud bahawa makhluk yang berada pada tahap yang lebih rendah dari segi darjat dan status hendaklah meminta kepada Tuhan, yang sama sekali tidak memerlukan, kerana rendah diri dan berasa bergantung kepadaNya.
Apabila kita bertemu dengan bangsa yang berbeza, agama yang berbeza dan tradisi dan adat mereka yang berbeza, kita melihat bahawa setiap daripada mereka mempunyai doa khusus untuk diri mereka sendiri.
Hikmah dan falsafah doa yang paling penting ialah doa adalah pengisytiharan kehambaan dan kemiskinan serta pergantungan kepada sumber iaitu Tuhan yang kuasa dan kekayaanNya tidak berbatas dan tidak ada habis-habisnya. Perkara lain yang wujud dalam doa adalah membuktikan kehambaan manusia dengan cara yang Allah sendiri telah memerintahkan manusia untuk berdoa kepadaNya.
Hazrat Musa (as) sebagai salah seorang nabi Allah yang mulia menggunakan kaedah ini, yang boleh anda baca di bawah:
1. Adab ketika doa
Hazrat memutuskan untuk pergi ke tanah Madain, yang terpisah dari wilayah Mesir dan pemerintahan firaun. Selepas meninggalkan Mesir dan melakukan perjalanan yang jauh, Hazrat Musa (as) memasuki Madain dan di sana bertemu anak-anak perempuannya Nabi Syuaib (as) - (شعیب), beliau menolong dan menimbakan air dari perigi untuk anak-anak perempuan Nabi itu lalu tidur dengan perut yang lapar di bawah naungan pohon dan mempersembahkan doa kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, demikian Al-Quran mengisahkannya:
فَسَقَى لَهُمَا ثُمَّ تَوَلَّى إِلَى الظِّلِّ فَقَالَ رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ
"Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan". (Qs, Al-Qasas 28:24).
Walaupun hazrat letih dan lapar, dan sebagai orang asing serta sendirian di kota itu, beliau tidak mempunyai tempat berteduh, tetapi pada masa yang sama, beliau bersabar, dan tetap menjaga tutur katanya dan sangat sopan sehingga apabila membuat permintaan, beliau tidak tergesa-gesa dan tidak terus menghujat Tuhan; buatlah begitu dan begini, beliau hanya memberitahu keperluannya dan menyerahkan selebihnya kepada rahmat Tuhan.
2. Doa sebelum misi
Hazrat Musa (as) menyedari kesulitan misinya dan meminta kepada Tuhan perkara-perkara untuk berjaya menunaikannya. Apabila beliau (as) pergi kepada Firaun, beliau memohon kepada Tuhannya untuk kemudahan dan kekuatan menanggung kesusahan, kerana sifat ini perlu bagi seorang Nabi atau guru. Kerana cara pertama kemenangan bagi seorang pengajar adalah berjiwa besar; pemikiran dan intelek yang tinggi serta kuat, dengan kata lain, dada yang luas; berfikiran terbuka, sabar, tabah, berani dan siap menanggung beban dan menghadapi masalah.
«قالَ رَبِّ اشْرَحْ لِی صَدْرِی »
“Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku!" (Qs, Taha 20:25).