IQNA

Kaedah pendidikan para nabi / 19 - Nabi Musa (as)

Kaedah Mukjizat; dalam kisah Nabi Musa (as)

18:37 - August 12, 2023
Berita ID: 3103004
TEHRAN (IQNA) – Mukjizat adalah salah satu ciri khas para nabi, yang aspek pendidikannya dapat dikenal pasti dan diperkenalkan dalam cara berurusan dengan kehidupan mereka.

Mukjizat (معجزه) adalah dari asal kata «عجز» "ajuz "ketidakupayaan"; bermaksud sesuatu yang orang lain tidak mampu melakukannya. 

Keajaiban Mukjizat mestilah serasi dengan tuntutan; Maksudnya, jika seseorang mengaku sebagai nabi dari Tuhan dan menganggap mukjizatnya sebagai pembuktinya, contoh, penuntut meminta menghidupkan orang mati, maka orang mati mesti dihidupkan semula untuk membuktikan kebenaran pengaku kenabiannya.

Oleh itu, mukjizat adalah bertentangan dengan kebiasaan (perkara yang tidak boleh berlaku secara alamiah); walaupun ia mempunyai persamaan dengan sihir dan seumpamanya, sihir dan sulap - silap mata tidak mempunyai kuasa untuk menentang mukjizat, dan mukjizat sentiasa menang.

Sihir tidak mempunyai sokongan ketuhanan mahupun sokongan  alamiah dan selalunya sihir, termasuk mengatasi kelajuan penglihatan dan imaginasi.

Hazrat Musa (as) adalah salah seorang nabi yang melakukan banyak mukjizat semasa hidupnya yang diberkati, yang salah satunya akan disebutkan sebagai yang mempunyai kesan pendidikan:

Apabila ahli-ahli sihir pada hari perayaan dan dalam perhimpunan besar pengikut Firaun mengumpulkan segala tipu daya mereka dan memperlihatkan sihir mereka dalam bentuk ular, Nabi Musa (as) yang juga hadir di tempat perhimpunan sempat mengalami takut dan berputus asa seketika.

Nabi Musa (as) takutkan orang ramai akan bersurai dan lari setelah melihat ahli sihir melempar tali-tali sihir mereka yang berubah jadi ular-ular kecil dan tidak berhenti sehingga Nabi Musa (as) melemparkan tongkatnya, kemudian Firaun akan menuntut persamaan antara dua kumpulan dan akibatnya usaha itu akan menjadi tidak berkesan.Dan ia menjadi tidak diketahui dan mereka tidak dapat membezakan antara mukjizatnya dan sihir ahli sihir, kerana mereka sangat serupa, akibatnya, mereka ragu-ragu dan tidak percaya dan tidak mengikuti beliau (as).

Maka Nabi Musa (as) melemparkan tongkatnya secepat mungkin dan tiba-tiba berubah menjadi seekor naga besar dan memakan semua ular-ular sihir dan alat kerja ahli sihir.

Pada masa ini, kebenaran telah didedahkan kepada ahli sihir dan mereka sangat dipengaruhi oleh mukjizat Hazrat Musa (as) sehingga mereka serta merta tersungkur di hadapan Nabi Musa (as) dan menyatakan iman mereka kepada Tuhan Musa dan Harun serta mengakui ketidakberdayaan dan kehinaan mereka di hadapan kuasa ilahi.

Kesan pendidikan dari kejadian ini sangat jelas sehingga setelah kebenaran ditampakkan dan kepalsuan ahli sihir Firaun jatuh ke tanah dan membuat mereka percaya kepada kenabian Nabi Musa (as).

*Diambil daripada tesis kajian analitik tentang aspek pendidikan Nabi Musa (as) dalam Al-Quran

captcha