IQNA

Amirul-Mukminin (as) dalam pentadbiran sosial

19:18 - August 27, 2023
Berita ID: 3103072
TEHRAN (IQNA) - Imam Ali (as) mempercayai pengkhususan fungsi dan kelayakan dalam istilah hari ini dan menerapkannya dalam pentadbiran kerajaan dan masyarakat.

Meritokrasi adalah prinsip utama dalam semua masyarakat dan budaya; Prinsip ini mendapat tempat yang istimewa dalam budaya Islam kerana banyak dokumennya;

Seperti ayat:

 “أَنَّ الْأَرْضَ یَرِثُهَا عِبَادِیَ الصَّالِحُونَ
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh". (Qs, Al-Anbiyaa' 21:105).

Ditegaskan bahawa pemerintahan dan kekuasaan di muka bumi ini adalah harta pusaka hamba-hamba Allah yang soleh iaitu hamba yang punya kelayakan sebagai makna perkataan "soleh", dalam ayat ini dan juga mempunyai makna yang luas; meliputi semua makna kelayakan kerana kebaikannya dalam fikiran; kelayakan dalam tindakan ketakwaan, kelayakan dari segi ilmu dan kesedaran, kelayakan dari segi kuasa dan kekuatan, dan kelayakan dari segi perancangan, pengurusan, ketertiban dan kefahaman terhadap masalah sosial. 

Apabila hamba-hamba yang beriman menyediakan jasa-jasa ini untuk diri mereka sendiri, Tuhan juga akan membantu mereka supaya mereka dapat secara sistematik dan mengelilingi diri mereka dengan jasa-jasa yang diperlukan untuk menyediakan medan pemerintahan dunia dan memotong tangan orang-orang yang sombong dari memerintah di bumi yang hanya jadi  pusaka mereka yang soleh bukan pusaka mereka yang salah (طالح - toleh) - penzalim.

Percakapan Allah dengan Hazrat Ibrahim (as) dalam ayat 124 Al-Baqarah dengan jelas menceritakan tentang keharusan memerhatikan kecekapan dan kelayakan dalam menyerahkan tanggungjawab kepada individu;

 وَإِذِ ٱبْتَلَىٰٓ إِبْرَٰهِـۧمَ رَبُّهُۥ بِكَلِمَـٰتٍۢ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّى جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًۭا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِى ٱلظَّـٰلِمِينَ ١٢٤
"Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim". (Qs, Al-Baqarah 2:124).

Dalam ayat ini, keperluan untuk menguji dan mengesahkan kecekapan orang sebelum memilih mereka untuk pengurusan dan kepimpinan masyarakat telah jelas dinyatakannya.

Penyata lain ialah ketika Hazrat Yusuf (as) dibebaskan dari penjara dan Aziz Masir cuba menyerahkan tanggungjawab kepadanya;

قَالَ ٱجْعَلْنِى عَلَىٰ خَزَآئِنِ ٱلْأَرْضِ ۖ إِنِّى حَفِيظٌ عَلِيمٌۭ ٥٥
"Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya". (Qs, Yusuf 12:55).

Kalimah “إِنِّى حَفِيظٌ عَلِيمٌۭ” - "sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya", selain menjadi petunjuk kepada kemampuan dan ilmu hazrat Yusuf (as), ia juga menunjukkan bahawa ilmu dan kemampuan adalah dua syarat asas, untuk pengurusan dan pentadbiran hal ehwal sosial yang telah disebut dalam ayat ini, semua syarat kelayakan yang disebutkan secara sempurna oleh sumber Islam dengan kata kesolehan, ketakwaan, berkeadilan, berakhlak mulia, berkemahiran, berkemapuan, berilmu dll istilah yang menunjukkan kelayakkan kepimpinan yang dimaksudkan oleh istilah kontemporari dari kata "meritokrasi".

Menghormati kelayakan dalam memilih orang dan mewakilkan kerja atas perkiraan kemampuan adalah salah satu isu terpenting dalam pengurusan, iaitu orang yang akan memikul tanggungjawab untuk sesuatu kerja yang diletakkan dalam sesuatu jawatan mestilah mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk tanggungjawab tersebut dan sudah menjadi tradisi ketuhanan atau sunnatullah  bahawa Tuhan tidak memberikan tanggungjawab kepada sesiapa pun kecuali atas dasar kelayakan dan kemampuan yang diperlukan.

Menurut pendapat Hazrat Ali (as), masalah kemampuan, kelayakan dan kecekapan manusia adalah sebahagian daripada perbincangan tentang keadilan dan prinsip yang paling penting dalam mengurus masyarakat. 

Baginda percaya bahawa setiap jawatan memerlukan kebolehan, kreativiti, kecekapan dan kepakaran yang istimewa, dan tidak dibenarkan menempatkan mana-mana orang yang tidak memiliki syarat kelayakan itu, jika tidak masyarakat tidak akan mengikuti jalan pertumbuhan, perkembangan dan kesempurnaan.

Daripada semua teori Hazrat Ali (as) dalam bidang ini, dapat disimpulkan bahawa Imam (as) mempercayai "pengkhususan fungsional - meritokrasi" dalam istilah hari ini dan menggunakan kaedah ini dalam pemerintahannya.

Kekurangan meritokrasi dalam masyarakat membawa kepada pembaziran bakat dan, akibatnya, pengurangan kecekapan dalam sektor yang berbeza. 

Pengalaman telah menunjukkan bahawa kebanyakan masalah yang dihadapi oleh sistem kerajaan di dunia berpunca daripada pemilihan menteri yang salah dan komander serta ejen mereka yang tidak profesional.

Apabila orang yang tamak dan khianat diambil bekerja, ketidakadilan, pembaziran harta dan kelewatan pendapatan, rasuah merebak di semua peringkat. 

Di mana sahaja terdapat rasuah, tiada siapa yang diwajibkan untuk menguatkuasakan undang-undang, dan malangnya, fenomena ini menunjukkan dirinya seperti barah di kebanyakan negara.

*Petikan wawancara Wahid Uqi (وحيد عوقی) dengan IQNA.

*Meritokrasi; Sistem sosial yang menyanjung tinggi kedudukan seseorang kerana kebolehannya (bukan kerana keturunan atau kekayaan) - (Kamus Dewan Edisi Keempat).

captcha