IQNA

Wakil Pemimpin Tertinggi Iran Hadiahkan al-Quran kepada Duta Besar Korea Selatan di Tehran

7:43 - October 25, 2025
Berita ID: 3107191
IQNA - Wakil Pemimpin Tertinggi Iran dalam Urusan Pelajar Asia dan Oceania, Hujjat al-Islam wal-Muslimin Mohammad Ali Nezamzadeh «حجت‌الاسلام والمسلمین محمدعلی نظام‌زاده», telah menghadiahkan senaskhah al-Quran kepada Duta Besar Korea Selatan di Tehran, sempena Pameran Khat Iran-Korea Selatan.

Laporan IQNA; Acara tersebut berlangsung pada hari Khamis 23 Oktober di kediaman rasmi Kim Jun Pyo, Duta Besar Korea Selatan di Tehran, di mana Hujjat al-Islam Nezamzadeh menghadiahkan senaskhah al-Quran dan sebuah buku puisi karangannya sendiri kepada beliau sebagai tanda persahabatan budaya dan rohani antara kedua-dua negara.

Pameran ini diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-63 hubungan diplomatik antara Republik Islam Iran dan Republik Korea, dengan kerjasama Pusat Penyelaras Kebudayaan bagi Dialog Kerjasama Asia (CCCACD). Dalam pameran tersebut, hasil karya khat daripada seniman Iran dan Korea Selatan dengan tema “keluarga” dipamerkan.

Antara seniman Iran yang menyertai pameran ialah Tandis Taqwa, Esrafil Shirchi dan Mojtaba Sabzeh, manakala 12 orang seniman Korea Selatan turut mempersembahkan karya kaligrafi mereka.

Dalam ucapannya, Duta Besar Korea Selatan di Iran, Kim Jun Pyo, berkata:

“Hari ini menandakan ulang tahun ke-63 hubungan diplomatik antara Republik Korea dan Republik Islam Iran. Adalah satu penghormatan besar bagi kami untuk menjadi tuan rumah pameran kaligrafi bersama ini yang meraikan persahabatan lama dan ikatan seni antara kedua-dua negara.”

Beliau menambah bahawa beliau berharap,

“Perbualan dan pertukaran budaya yang terjalin dalam acara hari ini akan menjadi benih bagi memperkukuh dan memperluas hubungan persahabatan serta kerjasama antara dua bangsa.”

4312432

captcha