Allah SWT berfirman di dalam ayat:
قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِكُمْ سُنَنٌۭ فَسِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَٱنظُرُوا۟ كَيْفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلْمُكَذِّبِينَ ١٣٧
“Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul)”. (Qs, Aali-Imran 3:137).
Pengertian kata "فَسِيرُوا۟" perintah berjalan (bepergian-mengembara) atau "bermusafir" yang biasanya dilakukan dengan badan material yang sama kita miliki, seperti pergi dari satu tempat ke tempat lain.
Namun, sudah pasti Tuhan yang Maha bijksana memberi perintah untuk "bermusafir" bukan kosong dari tujuan; Tuhan Yang Maha Esa telah memberi perintah manusia untuk "berjalan di bumi" bukan sekadar "berjalan" dalam apa jua bentuk dan sebab serta untuk apa jua hasil, tetapi matlamat wawasan, pertumbuhan dan kesempurnaan manusia telah dikira dari hasil "bermusafir" ini.
Mungkin ada orang yang sentiasa "bermusafir" untuk melakukan transaksi perniagaan, dan mungkin ada yang pergi banyak melancong untuk melihat pemandangan alam atau monumen bersejarah, dan tujuan فَسِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ - "berjalan di bumi" yang dikehendaki dalam perintah Tuhan tersebut tidak disedari oleh mereka.
Oleh itu, mestilah seseorang yang "bermusafir" mempunyai tujuan bahawa, dengan perjalanan ini bukan semata-mata untuk menggerakkan badan dan memindahkannya dari satu titik ke titik lain, tetapi perjalanan itu harus menimbulkan pemikiran, penaakulan, wawasan, pengajaran dan pengalaman yang menghasilkan Ilmu dan Iman untuk dikekalkan dalan beramal soleh dalam kehidupan individu dan sosial.
أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُو
“Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (Qs, Al-Hajj 22:46).
Selain itu tidak penting untuk mengembara hanya melihat-lihat atau hanya "menonton" kawasan dan kesan-kesan kerjaya yang berbeza, dan tentu bukan ini tujuan perintah ayat "فَسِيرُوا۟" - "bersafarlah", melihat-lihat "menonton" semasa perjalanan adalah berbeza daripada "نظاره"- nadzarah "memerhati", ayat memerintahkan pertama lakukan perjalanan lalu perhatkanlah! Sebagaimana firmanNya;
أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ ١٧ وَإِلَى ٱلسَّمَآءِ كَيْفَ رُفِعَتْ ١٨ وَإِلَى ٱلْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ ١٩ وَإِلَى ٱلْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ ٢٠
"(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? - Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya? - Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? - Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan? (Qs, Al-Ghaasyiyah 88:20).
Ayat-ayat ini memerintahkan pertama lakukan perjalanan lalu perhatkanlah!
قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ ثُمَّ انْظُرُوا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah...(Qs, Al-An'aam 6:11).
Perjalanan sebegini di muka bumi kadangkala menambah baik dalam mengenali alam dunia ini "ontologi" dan kadangkala ia adalah "pengajaran" dari pengalaman, kerana sejarah dan takdir masa lalu adalah semua sebagai pengalaman manusia hari ini sepanjang sejarah dan dia mesti belajar daripadanya untuk maju ke hadapan.
*Siri Berkabung Husaini - kajian Sekhah Al-Idrus; Study Program Muslim Thought (Ph.D) at Al-Mustafa International University, Republik Islam Iran.
*Ilmu husuli - istilah dari bahasa Arab (حصولی) yang terhasilkan dari suatu proses; adalah jenis ilmu pengetahuan yang diperolehi melalui proses berfikir hingga menghasilkan maklumat (Ilmu pengetahuan baru seperti ilmu manusia tentang hari ini turun hujan, di sana ada peristiwa dll yang serupa dengannya), lawan katanya adalah ilmu Hudhuri (حضوری) - jenis ilmu pengetahuan yang secara semula jadinya manusia telah hadir dalam benaknya, diketahuinya tampa proses berfikir, seperti pengetahuan manusia tentang dirinya lapar, sedih, sakit, cinta dll yang serupa itu.