IQNA

Kaedah pendidikan para nabi / 31 - Nabi Musa (as)

Keteladanan Nabi Musa (as) dalam Al-Quran

20:54 - October 07, 2023
Berita ID: 3103262
TEHRAN (IQNA) - Sejak manusia mula melahirkan generasi di muka bumi, mereka telah mencuba pelbagai cara untuk mendidik generasi, salah satu kaedah pendidikan yang berkait secara langsung dengan fitrah manusia ialah kaedah pendidikan membentuk model atau keteladan. Kaedah pendidikan ini digambarkan dengan cara yang menarik dalam kisah Nabi Musa (as) di dalam Al-Quran.

Manusia secara fitrahnya adalah pencari keteladanan dan penerima keteladanan, oleh sebab itu salah satu kaedah yang paling berkesan untuk mencipta dan memupuk sifat-sifat akhlak dan pendidikan yang baik, yang telah diluluskan oleh pemimpin agama dan sekolah ilahi, ialah "kaedah model" - "Percontohan". 

Apabila orang melihat contoh teladan, mereka cuba menjadikan diri mereka serupa dengan orang itu dengan melihat dia dan sifat-sifatnya, jadi kaedah teladan sangat berkesan dalam bimbingan dan pendidikan.

Dalam kaedah penciptaan gaya model, disebabkan fakta bahawa contoh objektif dan boleh ditiru diletakkan di hadapan anak murid (yang dididik) dan orang itu secara langsung sepadan dengan model yang disasar, ia merupakan salah satu kaedah latihan yang terbaik dan terpendek, dan juga kerana sifat objektif dan ketara sebagai keinginan semula jadi manusia dan kecenderungan untuk menjadi model dan mengambil model, ia adalah kaedah yang sangat berkesan dan pantas dalam pendidikan.

Kaedah ini mempunyai kepentingan dan kesan yang sangat besar sehingga Tuhan Yang Maha Esa sendiri sebagai satu-satunya Tuhan dan guru - pendidik alam semesta menggunakannya sedemikian rupa sehingga dalam pelbagai ayat meletakkan para nabi sebagai model, percontohan dan suri ketauladanan bagi manusia: 

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". (Qs, Al-Ahzaab 33:21).

Tingkah laku jurulatih - guru memberi impak yang paling besar kepada yang dilatih - anak murid, maksudnya, jurulatih merupakan pilihan pertama yang dipilih oleh yang dilatih sebagai role model dan terpengaruh dengannya, atas sebab ini, dalam Al-Quran, kita menjumpai kes-kes di mana orang dipilih sebagai mentor - guru dan pembimbing, dan pada masa yang sama, mereka diperkenalkan sebagai contoh dan teladan.

Dalam kisah Nabi Musa (as) Allah memperkenalkan Nabi Musa (as) dengan cara ini: 

سلام عَلى مُوسى وَ هارُونَ إِنَّا كَذلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنينَ إِنَّهُما مِنْ عِبادِنَا الْمُؤْمِنينَ 
"Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun! - Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan - Sesungguhnya mereka berdua adalah dari hamba-hamba Kami yang beriman". (Qs, As-Saaffaat 37:120 - 122).

Dalam ayat-ayat ini, Nabi Musa (as) dan Nabi Harun (as) diperkenalkan sebagai pendidik dan pembimbing Firaun dan kaum Bani Israel, dan di bahagian lain, Al-Quran menyebut mereka di bawah gelaran "orang-orang yang beriman «مؤمنین»" dan "orang-orang yang melakukan kebaikan «محسنین»" dan ini bermakna:

- Pertama: Ayat ini memperkenalkan mereka (as) sebagai contoh orang-orang yang berkelakuan baik dan penuh kedermawanan.
- Kedua: Sebagai guru yang cuba mendidik orang lain, meletakkan dirinya sebagai contoh bagi yang dididik.

*Sumber: Disertasi "Kaedah Pendidikan akhlak dalam kisah Nabi Musa (as) dalam Al-Quran.

captcha